Rakyat Pulau Pinang sentiasa dihatinya


  • Massa
  • Khamis, 01 Ogos 2024

Ahmad Fuzi (kanan) yang sentiasa melibatkan diri dalam program komuniti bersama warga Pulau Pinang. — The Star

PERNAH diiktiraf dalam Malaysia Book of Records sebagai Yang Dipertua (TYT) Pulau Pinang pertama yang berbasikal merentasi kedua-dua jambatan Pulau Pinang, pasti ramai tidak tahu bahawa Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak sebenarnya antara hero tak didendang.

Ini kerana tidak ramai yang tidak mengetahui jasa dan sumbangan beliau sepanjang menggalas jawatan TYT kelapan di negeri itu.

Sebagai contoh, anak kelahiran Pulau Pinang itu mempunyai latar belakang yang luar biasa di peringkat Persekutuan kerana pernah menyertai perkhidmatan diplomatik dan pentadbiran negara pada 1949 termasuk Ketua Setiausaha di Kementerian Luar Negeri sehingga 2009.

BACA LAGI: Pemimpin Hamas terkorban, seluruh masjid bawah Jakim tunai solat ghaib

BACA LAGI: Tak terperap dalam rumah, taman riadah beri banyak manfaat sosial kepada masyarakat — Pakar

239752543_3138310833073047_873516618840631839_n

Ahmad Fuzi yang menyertai kayuhan santai Jambatan Kedua secara santai dari Batu Maung ke Aspen Gallery, Bandar Cassia Batu Kawan sempena sambutan Hari Keamanan Sedunia pada 2021. — Facebook

Namun, apa yang lebih menarik tentang Ahmad Fuzi adalah dedikasinya dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan negeri naungannya.

Beliau tanpa sedar sebenarnya dikenali dengan sikapnya yang sentiasa bermurah hati dalam membantu golongan memerlukan.

Bagi yang mungkin tidak mengenalinya, Ahmad Fuzi sentiasa berusaha memberikan impak positif kepada masyarakat melalui Yayasan Amal TYT yang diasaskannya.

Dalam usahanya itu, beliau juga dikenali dengan sifat merendah diri dan sering turun padang memantau keadaan rakyatnya.

Ahmad Fuzi pada masa sama menjadi antara tokoh yang memberi sumbangan besar dalam sistem pendidikan Malaysia.

Dengan menggunakan kuasanya sebagai pemimpin negeri, beliau bekerjasama secara aktif dengan syarikat dalam sektor pendidikan dan menggesa mereka untuk memberikan biasiswa kepada para pelajar kurang berkemampuan terutamanya golongan B40.

Dengan usaha itu, sebanyak RM1 juta biasiswa penuh dapat disumbangkan kepada 20 pelajar B40 yang layak melalui kerjasama UNITAR dan kerajaan Pulau Pinang.

Beramah mesra dengan para penduduk juga antara kelebihan yang tidak dapat dinafikan ada pada Ahmad Fuzi sepanjang bergelar TYT.

6149922616006262191

Ahmad Fuzi (tengah) ketika sesi lawatan bersama Star Media Group. — The Star

Beliau tidak pernah melepaskan peluang melibatkan diri dalam program komuniti yang secara tidak langsung mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama warga Pulau Pinang.

Memainkan peranan penting sebagai TYT, beliau juga antara individu yang menyumbangkan idea dalam melaksanakan inisiatif strategik untuk memacu pertumbuhan ekonomi di negeri itu melalui hubungan diplomatik bersama pihak-pihak bertanggungjawab.

Keprihatinannya terhadap keharmonian masyarakat juga tidak dapat dinafikan lagi apabila beliau pada Sabtu lalu menyampaikan ucapannya tentang kepentingan meraikan kepelbagaian bangsa, agama, kaum dan budaya di negara ini.

Ahmad Fuzi turut memberi saranan terhadap pihak kerajaan negeri untuk melaksanakan projek bersifat game changer atau pengubah keadaan melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI).

Menurutnya, ia melibatkan projek berimpak tinggi yang dapat mengubah landskap ekonomi negeri termasuk membangunkan daerah di Seberang Perai, Pulau Pinang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram