MALAYSIA bakal menerima agihan ubat antivirus Tecovirimat (TPOXX) dan vaksin MVA-BN bagi virus MPox atau lebih dikenali sebagai cacar monyet melalui 'COVID-19 ASEAN Response Fun.
Menerusi satu ciapan di platform X, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pemberian vaksin itu hanya akan diberi kepada golongan sasar.
"TPOXX diguna dalam rawatan MPox, khususnya kepada mereka yang mengalami jangkitan teruk atau mereka yang punya imuniti lemah.
"Pemberian vaksin MVA-BN Mpox hanya diberi berdasarkan pemeriksaan dan penilaian pakar perubatan," katanya.
Dzulkefly berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) pada waktu ini tidak akan melaksanakan vaksinasi umum kepada orang ramai.
1/ Salam Bulan Merdeka
..breaking news.
Msia bakal terima segera agihan ubat Antiviral Tecovirimat (TPOXX) & Vaksin MVA-BN untuk MPox melalui 'COVID-19 ASEAN Response Fund'
* TPOXX diguna dlm rawatan MPox, khasnya yg mengalami jangkitan teruk @ mereka yg punya imuniti lemah. https://t.co/ECJ0PAFFIG
— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) September 1, 2024
Ujarnya, vaksin MVA-BN khas kepada kumpulan berisiko tinggi termasuk petugas kesihatan dan kontak rapat kes yang disahkan.
Pada Khamis lalu, Dzulkefly berkata, seramai 3.26 juta pengembara telah melalui saringan Mpox atau cacar monyet di terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurutnya, perkara itu diambil sebagai langkah kesiapsiagaan operasi dan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang situasi berkaitan Mpox.
Pada masa sama beliau turut memaklumkan kira-kira 34 kes disyaki Mpox telah dilaporkan di fasiliti kesihatan dan hasil dapatan ujian berkenaan mendapati kesemuanya negatif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram