MAJLIS Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membuat keputusan untuk menutup fasiliti di Pusat Akuatik Arena Larkin, Johor Bahru, Johor selama lima bulan.
Tindakan itu dibuat susulan dua kolam di pusat tersebut terkena jangkitan bakteria E. Coli melibatkan dua kolam.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata pada Khamis, penutupan selama lima bulan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan kolam dan menaik taraf pusat tersebut.
BACA LAGI: KPT tak kompromi sindiket penipuan, penjualan sijil akademik palsu di media sosial
BACA LAGI: Meta, usah jadi bacul dan perkakas rejim Zionis — PM Anwar
Kata Hairi, notis yang diterima dari Kementerian Kesihatan (KKM) mengatakan yang fasiliti tersebut sepatutnya ditutup sehingga 6 Ogos, namun pihaknya meminta kelulusan daripada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi untuk melanjutkan penutupannya kepada awal Januari 2025.
Kos perbelanjaan yang dijangka menelan sebanyak RM1.3 juta dengan usaha pembersihan serta menaik taraf diuruskan oleh pihak pengurusan pusat itu sendiri serta cabang Johor Corporation (JCorp) iaitu Damansara Assets.
Mohd Hairi Mad Shah
"Apabila kerja-kerja sudah selesai, pusat ini akan diserahkan kepada MBJB menjelang pembukaan semulanya pada Januari 2025," kata Hairi.
Pada 27 Jun, seramai 19 daripada 900 pelajar yang menyertai pertandingan renang di pusat tersebut dikejarkan ke hospital selepas mengalami simptom seperti muntah-muntah, demam dan kulit gatal.
Hairi kemudiannya mengesahkan pada 30 Julai yang terdapat jangkitan bakteria E. Coli pada kolam renang dan terjun di pusat tersebut. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram