Ibu Sanusi meninggal dunia di ICU HSB, Baddrol Bakhtiar kirim ucapan takziah


  • Primer
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Ibunya ditidurkan sejak Selasa selepas menerima rawatan di ICU, HSB, Alor Setar, Kedah.

IBU kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, Meriam Ahmad, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, Kedah pukul 9.40 pagi Khamis.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Muhamad Mat Yakim.

Solat jenazah dijangka diadakan di Masjid Sungai Pau, Sik, selepas solat asar pada Khamis.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tersepit bawah tayar kereta ditimpa kayu balak dekat Gua Musang

BACA LAGI: Bapa Baby Syifa ditahan polis, disyaki terlibat kes seleweng yuran guaman

WhatsApp Image 2024-08-14 at 6.06.35 PM (1)

Muhammad Sanusi berkata, ibunya sudah mengalami komplikasi jantung sejak berbelas tahun lalu. — Facebook/Urus Setia Penerangan Darul Aman - UPDA

Berita pemergian ibu Sanusi itu mendapat kiriman takziah daripada rakan-rakan di kerajaan negeri termasuk Baddrol Bakhtiar yang kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun selepas bersara dari sukan bola sepak dan memenangi kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, 12 Ogos 2023.

"Al-Fatihah. Bonda MB kita, Hajjah Meriam Ahmad, telah menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 9.40 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.

"Solat jenazah lepas asar petang ini (Khamis) di Masjid Sg Pau, Sik," tulisnya di laman Instagram.

Terdahulu, Majoriti melaporkan, ibunya dibawa ke Hospital Sik pada Isnin untuk pemeriksaan awal sebelum doktor memutuskan untuk memindahkannya ke HSB pada hari sama.

Meriam, 74, kemudiannya ditidurkan pada hari berikutnya selepas mengalami serangan jantung ketika berada di rumahnya di Sik. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram