Operasi SAR lubang benam Masjid India secara rasmi dihentikan selepas 9 hari


  • Primer
  • Sabtu, 31 Ogos 2024

Dr Zaliha berkata, keputusan itu dicapai selepas penilaian terperinci terhadap nasihat pakar dan teknikal mengenai operasi itu yang kini memasuki hari kesembilan.

OPERASI Mencari dan Menyelamat (SAR) pelancong India Vijayalaksmi, 48, yang terjatuh ke dalam lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur ddihentikan secara rasmi pada hari kesembilan pada Sabtu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, keputusan itu dibuat selepas laporan dibentangkan kepada Jemaah Menteri selain mendapat pandangan daripada pakar termasuk daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis, Indah Water Konsortium (IWK) dan agensi lain berkaitan.

BACA LAGI: Bina aplikasi percuma bantu calon SPM ulang kaji pelajaran, pelajar MMU tersenarai kaut ganjaran hampir RM500,000

BACA LAGI: Graduan diploma dari Muar ambil peluang beralih bidang penuhi cita-cita miliki kebun sendiri

“SAR dihentikan atas pelbagai faktor termasuk keselamatan dan kesihatan anggota penyelamat memandangkan arus deras di kawasan pencarian.

"Keluarga mangsa telah dimaklumkan, dan kami sentiasa berhubung dengan mereka dan Suruhanjaya Tinggi India," katanya kepada pemberita di Jalan Masjid India pada Sabtu.

Susulan daripada itu, Dr Zaliha memaklumkan bahawa operasi pencarian ketika ini beralih kepada fasa search and recovery operation (operasi pencarian dan pemulihan).

Fire and Rescue Department was seen conducting SAR efforts at the sinkhole location in Jalan Masjid India Kuala Lumpur. — AZLINA ABDULLAH/The Star

Operasi pencarian mangsa lubang benam di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sudah memasuki hari kesembilan pada Sabtu.

“Polis akan mengetuai fasa ini, dan mereka akan menentukan langkah seterusnya.

"Pada masa sama, Majlis Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memetakan utiliti dan menjalankan kajian struktur tanah di seluruh Kuala Lumpur. Majlis bandar raya juga akan melibatkan diri dengan perniagaan tempatan bagi memastikan mereka dapat meneruskan aktiviti mereka."

"Kami juga telah meminta DBKL meneruskan pembinaan semula dan pemulihan Jalan Masjid India," kata Dr Zaliha.

Pada 23 Ogos, Vijayalaksmi, 48, seorang pelancong dari India hilang selepas terjatuh ke dalam lubang sedalam lapan meter akibat lubang benam di Jalan Masjid India ketika dalam perjalanan ke kuil berhampiran.

Operasi SAR melibatkan pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan dilancarkan pada hari yang sama. Sejak hari pertama SAR, pasukan telah menggunakan pelbagai teknik, termasuk jet, siram, dan mengepam air keluar dari tapak untuk mengesan mangsa. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram