
PENDUDUK di Jinjang Utara Tambahan, Kuala Lumpur berasa cemas kerana lubang yang terbentuk hasil dari tanah jerlus di kawasan tersebut sejak awal 2024 masih belum diperbaiki.
Aktivis masyarakat, Yee Poh Ping berkata, lubang benam itu mula muncul pada 2021 dan dibaiki oleh kontraktor Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika itu.
Namun, lubang benam di Jalan Jinjang Setia 7 sekali lagi berlaku pada awal tahun 2024 dengan kedalaman lebih dari dua meter.
BACA LAGI: Frankie dan Denti kembali ‘beraksi’, jejak mangsa terjerumus lubang Masjid India
BACA LAGI: Satu lagi mendapan dikesan 50 meter dari lokasi tanah jerlus Masjid India
Penduduk mendakwa, DBKL tidak mengambil berat mengenai isu jalan mendap sejak awal tahun. — The Star/LOW LAY PHON
Poh Ping menzahirkan rasa kecewa terhadap isu yang berulang dan pihak DBKL tidak melakukan sebarang tindakan walaupun terdapat aduan.
“Perkara ini adalah membimbangkan kerana tiga tahun selepas lubang benam pertama sepatutnya diperbaiki, terjadi semula di tempat dan keluasan lubang yang sama.
“DBKL mesti mengambil tindakan segera sebelum sesuatu yang tragis berlaku.
"Penduduk semakin hidup dalam ketakutan apabila retakan di sekeliling lubang benam semakin dalam dan memanjang," dakwanya ketika melawat tapak itu.
Salah seorang penduduk, Chew Yoon Moey mendakwa, DBKL tidak seharusnya menunggu tragedi berlaku baru mengambil tindakan.
Sementara itu, Tam Cheong menegaskan bahawa tindakan menambah konkrit adalah kurang walaupun beberapa kali dilawat DBKL.
Keadaan lubang ekoran tanah mendap menyebabakan kerisauan penduduk. — The Star/LOW LAY PHON
“Mereka telah datang untuk melihat tapak itu sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh lapan bulan lalu, tetapi tiada apa yang dilakukan.
"Apa yang mereka lakukan hanyalah meletakkan pita tape untuk mengepung kawasan itu," dakwa Cheong.
Cheong yang kecewa dengan tiada sebarang tindakan memutuskan untuk membuat sendiri.
"Saya meletakkan batang kayu panjang ke dalam lubang untuk menghalang kereta menerusi lubang tersebut.
"Saya juga mengisi lubang dengan botol kaca untuk menghentikan air kumbahan daripada mengalir dan menjadikan keadaan lebih teruk," katanya.
Keretakan juga berlaku di jalan dan dinding rumah bersebelahan dengan lubang benam, kata penduduk. — The Star/ KAVITHA SIVAJI
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram