NAMA 'Hot Daddy Ash' sekali lagi menjadi bualan warga maya selepas videonya bertemu dengan beberapa orang awam menjadi tular di media sosial pada Sabtu.
Difahamkan, 'Hot Daddy Ash' atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, didakwa datang sebagai tetamu jemputan bagi memeriahkan sebuah acara.
Namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar acara itu berlangsung.
Malah, dalam video yang dikongsikan dalam laman media sosial X (Twitter), @annazruzlan, suspek kelihatan bersahaja menyapa orang awam yang berada di situ.
Malah, seolah-olah dia tidak melakukan kesalahan jenayah, ada yang tanpa segan silu bergambar dengan suspek.
"Kenapa orang layan Hot Daddy Ash seperti dia menyumbang sesuatu kepada negara? Murung," ciap @annazruzlan.
Kenapa orang layan Hotdaddy like he contributed something to the country ☹️ murung! pic.twitter.com/WPVdlXfuF2
— Anaz. iDevice Repair (@annazrulan) February 10, 2024
BACA LAGI: Sebelum Hot Daddy Ash, ada 3 lagi termasuk Haqiem Stopa pernah dapat publisiti murahan
Setakat berita ini ditulis, video yang dimuat naik itu sudah ditonton sebanyak 8,5999 kali dan 31 tanda suka di laman X.
Video tersebut turut tular di laman media Facebok dan rata-rata warga maya berharap agar kerajaan memandang serius perkara tersebut memandangkan suspek merupakan seorang yang terlibat dalam aktiviti persundalan.
Saiful Ikhwan berpendapat suspek tidak seharusnya terlibat dalam aktiviti yang melibatkan orang awam kerana ia akan membawa pengaruh buruk.
"Pihak berkuasa sepatutnya lebih tegas, individu seperti Hot Daddy Ash ini seharusnya diarahkan tinggal di dalam rumah sahaja bila bebas atau tunggu prosiding jenayah.
"Dia adalah penjenayah yang terlibat dalam aktiviti tidak bermoral, jangan dijadikan idola. Buat malu negara, kita bukan di Amerika Syarikat," tulisnya.
Sementara itu, Luqman Hasif pula meninggalkan komen yang sinis terhadap orang awam yang mengambil gambar dengan suspek.
"Orang yang melayan ini mesti kaki tengok v***o l***h juga. Rasa bangga siap bergambar sebab idola mereka.
"Kesian pada anak-anak mereka," dakwanya.
Terdahulu, Majoriti melaporkan Hasli Ikhwan merupakan suspek utama dalam jenayah seksual.
Suspek ditangkap polis pada 19 Januari lalu selepas kegiatannya merakam dan menjual puluhan klip video aksi lucahnya bersama lebih 20 wanita, termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks dibongkar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram