Temui mainan seks dan bahan porno, polis Johor cekup semula suspek kes culik Albertine


  • 112
  • Ahad, 04 Ogos 2024

Albertine yang sebelum ini dilaporkan hilang di Johor akhirnya selamat ditemui semula sekitar Selangor selepas kira-kira seminggu.

POLIS Johor mengesahkan membuat tangkapan semula ke atas seorang lelaki warga tempatan yang sebelum ini ditangkap berhubung kejadian culik kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Albertine Leo Jia Hui di kawasan Eko Galleria, Johor Bahru pada 20 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Asisten Komisioner M Kumar menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad berkata, tangkapan dibuat bagi membantu siasatan ekoran penemuan pelbagai alat mainan seks, bahan pornografi dewasa dan bahan penganiayaan seksual kanak-kanak di kediaman suspek di Kulai, Johor.

Siasatan dijalankan di bawah peruntukan kesalahan-kesalahan di bawah Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 kerana mengakses atau memiliki bahan penganiayaan seksual kanak-kanak.

BACA LAGI: Polis sahkan Albertine tidak diapa-apakan suspek sepanjang tempoh diculik

BACA LAGI: Selamatkan Albertine, MB jumpa pucuk pimpinan polis Johor

bertine_1721791768

Albertine (merah jambu) kini berada di bawah pengawasan keluarga.

Jika disabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.

Manakala bagi Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah, jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh boleh sampai tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Sehubungan itu katanya, masyarakat terutamanya golongan ibu bapa dinasihati agar sentiasa memantau aktiviti, perkembangan emosi serta fizikal anak-anak supaya perlakuan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dikesan lebih awal dan penjenayah dapat dibawa kemuka pengadilan.

Selain itu, masyarakat perlu cakna terhadap trend jenayah masa kini dan menyampaikan kesedaran serta kebimbangan jenayah kepada anak-anak supaya mereka lebih berhatihati dalam pergaulan terutama di media sosial.

Sebarang maklumat mengenai kejadian boleh disalurkan ke talian hotline polis Johor di talian 019-2792095 atau talian bilik gerakan 07-2212999. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram