Motif penculikan Albertine, Polis Johor temui petunjuk baharu


  • 112
  • Selasa, 06 Ogos 2024

Suspek kes penculikan Albertine ditahan semula oleh polis pada 4 Ogos kerana memiliki bahan lucah.

MOTIF di sebalik penculikan Albertine Leo Jia Hui berusia enam tahun dijangka dapat diketahui tidak lama lagi, kata Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar.

Beliau berkata, polis menemui petunjuk baharu dalam siasatan mereka terhadap suspek utama, yang kini ditahan reman semula kerana memiliki bahan penderaan seksual kanak-kanak dan pornografi.

“Suspek kini ditahan reman sehingga 10 Ogos ini. Kes ini masih disiasat dan kami telah menemui petunjuk baharu untuk membantu siasatan kami.

“Sehubungan itu, fokus siasatan kita kini menjurus kepada petunjuk baharu itu dan kita harap dapat kenal pasti motif dalam masa beberapa hari," katanya.

BACA LAGI: Bekas polis imbau semula zaman Cheras dianggap 'black area' ketika 1980-an

BACA LAGI: [VIDEO] Bomba guna 'high line technique' selamatkan remaja, kanak-kanak terperangkap atas batu sungai di Nilai

Some joy: Albertine embracing one of the presents given by Ling (right) as her mother looks on. — THOMAS YONG/The Star

Albertine bersama ibu bapanya.

Tambahnya, pihak polis juga akan menyiasat berhubung kemungkinan suspek adalah seorang pedofilia.

Mengulas berkenaan mangsa ada dihantar untuk pemeriksaan susulan penemuan terbaru mengenai suspek atau tidak, beliau memaklumkan, kanak-kanak berkenaan telah pun menjalani pemeriksaan kesihatan menyeluruh.

“Pakar yang menjalankan pemeriksaan menyatakan mangsa dalam keadaan sihat. Saya tidak nampak keperluan untuk menghantarnya untuk pemeriksaan lagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.

Pada Ahad lalu, suspek ditahan semula berikutan penemuan beberapa alat permainan seks, bahan lucah dewasa dan bahan penderaan seksual kanak-kanak di kediamannya di Kulai, Johor.

Dia kini ditahan reman bagi menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek direman selama 13 hari bermula 23 Julai hingga 5 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Albertine dilaporkan hilang oleh bapanya pada 20 Julai lalu di sebuah pusat beli-belah di Iskandar Puteri, Johor sebelum ditemui selamat di sebuah hotel bajet di Batang Kali, Selangor pada 23 Julai. — The Star/MOHD FARHAAN SHAH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram