DI zaman serba-serbi menggunakan teknologi canggih, segala urusan perkhidmatan terutamanya ketika melancong menjadi mudah.
Setiap destinasi pelancongan pula pasti memerlukan proses pelepasan iaitu di kaunter Jabatan Imigresen.
Lazimnya individu yang mahu memasuki sesebuah negara tidak akan lupa untuk membawa pasport yang bentuk fizikalnya seperti buku kecil.
BACA LAGI: Tak sangka musim buah jadi cabaran, guru SK Tekir tabahkan diri pujuk murid ke sekolah
Kanak-kanak usia di bawah enam tahun mempunyai laluan khas untuk melepasi imigresen di Singapura. — CNA
Sistem imigresen di Malaysia juga masih mengekalkan peraturan tersebut bagi mengesahkan individu terbabit dapat masuk ke negara ini.
Namun, sistem itu nampaknya semakin diperbaharui dan dimajukan sesuai dengan generasi terkini.
Sistem digital imigresen Singapura
Bermula 5 Ogos lalu, warga Singapura boleh melepasi imigresen tanpa pasport di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi.
Mereka juga hanya perlu melalui lorong automatik di terminal tersebut dengan menggunakan sistem pengecaman biometrik wajah.
Ini bertujuan mengurangkan masa yang diambil untuk mengelakkan kesesakan sebanyak 40 peratus.
Bukan itu sahaja, usaha Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) untuk mendigitalkan sistem sempadan negara.
Malah, inisiatif tersebut juga dijangka dilaksanakan di pusat-pusat pemeriksaan lain di seluruh negara.
Sistem itu bagaimanapun terpakai untuk penduduk tetap di Singapura sebelum ia dilaksanakan secara penuh buat pelancong luar pada akhir September nanti.
Menjelang September juga, warga Singapura diberikan kelonggaran untuk melepasi imigresen tanpa pasport di kedua-dua laluan ketibaan dan pelepasan di terminal berkenaan.
Manakala, pelancong pula dibenarkan menggunakan sistem yang sama ketika berlepas dari Singapura sahaja.
Pun begitu, inisiatif itu juga masih memerlukan anda untuk membawa pasport bagi mendapatkan pas masuk di kaunter penerbangan sebelum melalui kawasan imigresen.
Kelebihan sistem digital itu juga hanya diberikan kepada orang dewasa dan bukan kanak-kanak.
Hal ini kerana, kanak-kanak di bawah umur enam tahun tidak layak menggunakan sistem pengecaman muka disebabkan perkembangan fizikalnya yang boleh berubah-ubah.
Tetapi, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil tidak perlu bimbang kerana terminal Changi itu menyediakan lorong bantuan khas memuatkan sehingga empat orang satu keluarga dan perlu menggunakan pasport.
Mereka pada masa sama akan dibantu dengan pegawai ICA ketika proses tersebut.
Ia juga diperlukan sebagai persediaan untuk pelepasan imigresen di daerah atau negara lain.
Sama seperti di pusat pemeriksaan di Woodlands dan Tuas, Singapura yang masih meminta pelancong menunjukkan pasport fizikal.
Kod QR
Bagi inisiatif lain pula, Singapura secara progresif melaksanakan pelepasan secara imbasan kod QR sejak Mac lepas.
Menurut ICA, lebih 70 peratus pelancong memasuki negara itu dengan kereta dan pemandu bas di Pusat Pemeriksaan Woodlands menggunakan kaedah tersebut di imigresen.
Kod QR boleh disimpan dan digunakan semula untuk perjalanan kali kedua atau lebih jika ia melalui kawasan yang sama.
Bagi pelancong kali pertama atau memasuki semula Singapura menggunakan pasport berbeza, mereka perlu mengemukakan pasport untuk pelepasan imigresen dan akan menerima kod QR untuk perjalanan seterusnya.
ICA dalam pada itu bercadang untuk melaksanakan akses pelepasan kod QR kepada penunggang dan pembonceng motosikal bermula 15 Ogos lalu diikuti pemandu kenderaan kargo serta pembantunya menjelang akhir Ogos ini.
Malah, penumpang bas, individu pejalan kaki dan orang kelainan upaya (OKU) juga dapat menikmati kemudahan itu menjelang Disember 2024.
Bukan setakat itu, pelepasan imigresen tanpa pasport akan diberikan kepada pelancong di Pusat Pelayaran Marina Bay pada bulan sama manakala di Lapangan Terbang Seletar dan Terminal Feri Tanah Merah pula pada 2025.
Bagi pusat pelayaran kecil seperti Jeti Pantai Barat di Singapura akan menggunakan sistem sama pada 2026.
Malaysia boleh menjadikan Singapura sebagai negara terdekat untuk melaksanakan sistem digital tanpa pasport di imigresen. — Gambar hiasan/Malaysia Airport
Selain Singapura, terdapat beberapa negara lain juga yang menggunakan sistem pengecaman di imigresen seperti Hong Kong, China; Lapangan terbang Haneda dan Narita, Jepun; Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom; Lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris serta Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, India.
Susulan itu, Malaysia juga tidak mustahil boleh melalui fasa tersebut dalam masa terdekat sebagai satu langkah ke hadapan dalam meningkatkan sistem pemeriksaan di imigresen.
Pada Mei lalu, Jabatan Imigresen Malaysia hampir merealisasikan pembaharuan itu dengan melaksanakan ujian penggunaan kod QR bagi melancarkan proses pergerakan kenderaan di pintu masuk negara.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh bagaimanapun memaklumkan bahawa maklumat lanjut atau keputusan penggunaan sistem itu akan dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam tempoh terdekat.
Pihak yang bertanggungjawab itu juga boleh mempertimbangkan pelaksanaan sistem digital terutamanya ketika musim perayaan dan cuti umum.
Sama seperti yang pernah dimaklumkan Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Baharuddin Tahir pada April lalu, statistik 2023 merekodkan jumlah kemasukan pelawat untuk tiga hari iaitu sehari sebelum Syawal hingga hari raya kedua di pintu masuk Malaysia di Johor adalah seramai 357,265 orang.
Susulan itu, Malaysia juga tidak mustahil boleh melalui fasa tersebut dalam masa terdekat sebagai satu langkah ke hadapan dalam meningkatkan sistem pemeriksaan di imigresen.
Buktinya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Julai lalu mengesahkan bahawa pihaknya sedang membangunkan satu sistem biometrik menggunakan kaedah yang sama bagi memudah dan melancarkan urusan kawalan sempadan negara.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan, KDN melalui Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membangunkan sistem biometrik itu dengan keupayaan kecerdasan buatan (AI).
Sistem dinamakan sebagai Automated Biometric Identification System (IBIS) dijangka sedia digunakan pada 2026 dan menjadi antara komponen penting dalam projek Pembangunan dan Perolehan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe).
Tambahan pula, JIM juga sedang dalam proses melaksanakan ujian penggunaan kod QR bagi melancarkan proses pergerakan kenderaan di pintu masuk negara.
Rentetan itu, pihak bertanggungjawab itu juga boleh mempertimbangkan pelaksanaan sistem digital terutamanya ketika musim perayaan dan cuti umum.
Sama seperti yang pernah dimaklumkan Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Baharuddin Tahir pada April lalu, statistik 2023 merekodkan jumlah kemasukan pelawat untuk tiga hari iaitu sehari sebelum Syawal hingga Hari Raya kedua di pintu masuk Malaysia di Johor adalah seramai 357,265 orang.
Pihaknya juga menganggarkan peningkatan pelawat atau pelancong akan masuk pada waktu sama pada 2024. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram