‘Jadikan syurga tempat peristirahatan’, isteri sekeluarga sayu tuntut jenazah penyelam TLDM di HSI


  • Massa
  • Khamis, 29 Ogos 2024

Jenazah Arman San dibawa keluar dari Unit Forensik HSI pada Khamis.

JENAZAH anggota penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang meninggal dunia ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar, dituntut ahli keluarga selepas proses bedah siasat selesai pada Khamis.

Isterinya, Norazliana Bakric, 25, menuntut jenazah Arman San Hermansa, 28, di jabatan forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru, Johor sekitar pukul 8 pagi Khamis.

Berkongsi kesedihan di laman Facebook pada Rabu, Norazliana reda dengan pemergian suami tercinta dan berdoa agar Allahyarham ditempatkan ke dalam syurga.

BACA LAGI: [VIDEO] Kapal KD Pendekar terkandas di perairan Johor akibat bocor, TLDM fokus laksana operasi salvaj

BACA LAGI: KD Pendekar tenggelam sepenuhnya, alami kebocoran terlanggar objek bawah air di Johor

"Untuk yang bertanya kenapa suami saya, Allahyarham telah pergi meninggalkan saya dan anak buat selama-lamanya.

"Ya ALLAH, ampunilah dia, berilah rahmat, sejahtera dan maafkanlah dia serta jadikanlah syurga sebagai tempat istirahatnya," katanya.

Dalam pada itu, sebuah kenderaan TLDM dilihat meninggalkan kawasan hospital bersama jenazah Allahyarham Arman San kira-kira pukul 12.50 tengah hari Khamis.

Terdahulu, KD Pendekar dilaporkan tenggelam di perairan Tanjung Penyusop, Johor selepas mengalami kebocoran dipercayai akibat terlanggar objek bawah air pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, usaha pantas daripada komuniti maritim berjaya menyelamatkan kesemua 39 kru sebelum kapal itu tenggelam sepenuhnya di lokasi kejadian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram