Pematuhan ESG penting, tingkat produktiviti eksport PKS


  • Bizz
  • Isnin, 24 Jun 2024

Dari kiri: Chow, Abu Bakar, Suksuwan dan Masigan ketika menjadi panel dalam satu perbincangan di persidangan A-EPIC Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

PENEKANAN terhadap amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam operasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) negara sangat penting apabila negara ketika ini sedang berusaha meningkatkan sumbangan kumpulan tersebut dalam pasaran eksport negara.

Timbalan Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Abu Bakar Yusof mendedahkan bahawa kerajaan ketika ini berhasrat bahagian PKS dalam pasaran eksport kepada 15 peratus pada tahun depan, dan kepada 30 peratus menjelang 2030.

Menurutnya, PKS ketika ini telah menyumbang kira-kira 10.5 peratus jumlah eksport pada tahun lepas membabitkan nilai sebanyak RM1.43 trilion, peningkatan 9.5 peratus daripada RM1.53 trilion pada 2022.

BACA LAGI: BN siap sedia bertaruh 2 PRK DUN di DUN Kelantan, Selangor

BACA LAGI: Tak logik kalau ada negeri di Malaysia dakwa tidak pernah kena jajah — Pakar sejarah

Bercakap semasa persidangan Asia ESG Positive Impact Consortium (A-EPIC) yang pertama di Kuala Lumpur Jumaat lepas, beliau berkata, Matrade mempunyai mandat semula jadi untuk bekerjasama dengan PKS kerana kumpulan perniagaan terbabit terdiri daripada 97.4 peratus daripada 1.2 juta perniagaan berdaftar di Malaysia.

“Kami percaya kesedaran umum mengenai amalan ESG dalam kalangan PKS di Malaysia masih agak rendah, dan perlu wujud persefahaman antara kumpulan ini dan syarikat peringkat pertengahan untuk menyokong satu sama lain dalam hal ini,” katanya.

Abu Bakar merupakan antara panel pakar yang dipilih perbincangan forum dengan topik bertajuk Thriving in Trade Together – Navigating the Cross Border ESG Landscape.

Turut sama dalam perbincangan itu alah Surin Suksuwan daripada Proforest Asia Tenggara dan Jennica Paula Masigan daripada Pusat Inovasi Pemuliharaan Filipina PH Inc.

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, Matrade telah menubuhkan unit ESG dengan rangka kerja inisiatif bertujuan untuk mencapai tahap kerjasama yang kukuh antara PKS dan syarikat lebih besar.

A_EPIC_logo_option2 White BG

A-EPIC ialah pakatan kuasa media di Asia Tenggara, iaitu Star Media Group Bhd Malaysia, KG Media Indonesia dan Kumpulan Syarikat Inquirer Filipina.

Menurut beliau, usaha itu amat relevan memandangkan syarikat peringkat pertengahan mempunyai kumpulan besar rantaian bekalan domestik yang terdiri daripada PKS.

“Oleh itu, bagi syarikat peringkat pertengahan ini yang mengeksport, mereka perlu dapat mematuhi kewajipan ESG pelanggan global mereka, dan seterusnya mereka perlu mendidik dan membimbing rantaian bekalan mereka untuk turut menerima pakai keperluan ESG,” ujarnya.

Dengan menekankan peranan dibawa oleh 49 pejabat perdagangan Matrade yang berada di seluruh dunia untuk memberikan maklumat mengenai ESG bagi memudahkan penggunaan agenda di kalangan PKS Malaysia, Abu Bakar bahawa sinergi ekosistem domestik juga perlu diberikan perhatian.

Disebabkan itu, beliau berkata kerajaan menerusi Pelan Tindakan Perdagangan Nasional lima tahun, kerjasama antara Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Matrade, mempunyai komponen mengenai kemapanan dan ESG dalam membentangkan pelan tindakan untuk semua pihak berkepentingan.

Melihat kepada isu serantau, Abu Bakar mencadangkan agar perusahaan ASEN – dengan kerjasama daripada kerajaan masing-masing – untuk mencari keseragaman lebih baik dalam rangka kerja ESG mereka untuk pelaksanaan lebih berkesan.

Bersetuju dengan pandangan tersebut ialah Masigan yang mengulas bahawa dari perspektif biodiversiti itu sendiri, terdapat banyak peluang untuk kerjasama rentas sempadan dan pematuhan kepada rangka kerja ESG yang seragam.

"Terdapat cara untuk melihat dan dalam mengenal pasti penunjuk khusus biodiversiti dan menyelaraskan penunjuk yang mempunyai metrik ESG tradisional," tambahnya.

Selain itu, beliau mencadangkan agar pelabur melihat melangkaui aspek pematuhan, sambil membuat penilaian sama ada mereka boleh mengutamakan perniagaan dan pelaburan yang mampu menunjukkan komitmen bersifat positif.

"Kami percaya bahawa dalam ruang ini, pasti ada peluang untuk syarikat Malaysia bekerjasama dengan firma Indonesia dan Filipina," katanya.

Menariknya, dari perspektif rantaian bekalan komoditi, Suksuwan dari Proforest memerhatikan bahawa pelaksanaan agenda ESG di Asia Tenggara secara amnya boleh dibahagikan kepada tiga fasa dengan yang pertama melalui pelan rangka kerja kawal selai awal di pihak masing-masing.

“Ini kebanyakannya untuk menyokong pembangunan mapan setiap negara, seperti penilaian kesan alam sekitar. Pada peringkat kedua pula, kami melihat peningkatan pensijilan seperti pensijilan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari untuk industri minyak sawit,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, peringkat pensijilan sebahagian besarnya didorong oleh permintaan terutamanya dalam rantaian bekalan hiliran dengan syarikat besar lazimnya memerlukan pengeluar mereka membuat pemilihan untuk mematuhi standard ditetapkan.

Beliau berkata, fasa ketiga bakal menyaksikan amalan "lebih serius" mula dilaksanakan termasuk melalui langkah kawal selia melibatkan pelbagai sektor.

Di Asia Tenggara, Suksuwan berkata, sektor perbankan dan kewangan mungkin merupakan pemacu utama kepada pelaksanaan yang berkesan kerana peranannya selaku pemberi pinjaman yang boleh mengenakan syarat ESG untuk dipatuhi dalam kalangan bakal peminjam mereka.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai pensijilan, Suksuwan mengakui bahawa ini sememangnya bukti sama ada sesebuah entiti mematuhi piawaian tertentu yang ditetapkan dengan menyatakan bahawa pensijilan merupakan cara berkesan menyemak sama ada piawaian dilaksanakan.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada itu merupakan cara terbaik perlu diambil sekiranya Malaysia memastikan pematuhan lebih baik dalam kalangan PKS, sambil membangkitkan mengenai kebimbangan daripada segi peningkatan kos operasi.

Launch of the Region's First Asia ESG Positive Impact Consortium at Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. —YAP CHEE HONG/The Star

Abu Bakar (kanan) ketika hadir di persidangan Asia ESG Positive Impact Consortium (A-EPIC) yang pertama di Kuala Lumpur Jumaat lalu.

"Bercakap daripada perspektif syarikat pengeluar, seperti pengilang atau firma perladangan, yang diperakui untuk pelbagai piawaian boleh menyebabkan mereka menghabiskan banyak masa dan sumber hanya untuk pengauditan," katanya.

Menggariskan fakta bahawa banyak PKS sedang bergelut dan langkah itu berpotensi membebankan mereka jika lebih banyak piawaian dan pensijilan dikenakan, Suksuwan berkongsi pendapat sama dengan Abu Bakar bahawa pemain lebih besar boleh berperanan menyokong firma lebih kecil.

“Jadi daripada melaksanakan piawaian rasmi, kami percaya bahawa tumpuan harus diberikan kepada penambahbaikan amalan, dan syarikat yang lebih besar boleh menghulurkan bantuan kepada PKS bermula daripada rantaian bekalan itu sendiri,” katanya.

Perbincangan panel dikendalikan rakan pengurusan perunding di Ernst & Young Consulting Sdn Bhd, Chow Sang Hoe, merupakan antara acara utama persidangan itu yang turut menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptamanya.

A-EPIC ialah pakatan kuasa media di Asia Tenggara, iaitu Star Media Group Bhd Malaysia, KG Media Indonesia dan Kumpulan Syarikat Inquirer Filipina, di bawah misi bersama untuk memupuk pengaruh yang menggalakkan prinsip kemapanan sebagai prinsip utama bagi memacu pertumbuhan ekonomi hijau di seluruh rantau ini. — The Star/KEITH HIEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram