Syarikat teknologi EV tempatan mula tunjuk 'taring, ada potensi berkembang sampai ke AS


  • Bizz
  • Rabu, 28 Ogos 2024

Peningkatan penggunaan kenderaan EV di pasaran domestik turut menyaksikan wujudnya peluang buat syarikat tempatan untuk turut terlibat dalam industri pengeluaran EV.

SEJAK beberapa tahun ini, penggunaan kereta elektrik (EV) di Malaysia dilihat semakin meluas dan mendapat perhatian pengguna di dalam negara.

Perkembangan itu dibantu antara lain oleh beberapa insentif dilaksanakan kerajaan termasuk memberikan pelepasan cukai.

Peningkatan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan beralih kepada kenderaan berasaskan tenaga lebih mesra alam juga dilihat menjadi penyumbang terhadap perubahan tersebut.

BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain

BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta

Sementara itu, perkembangan terbaharu itu turut menyaksikan wujudnya peluang buat syarikat tempatan untuk terlibat dalam industri pengeluaran EV.

Antara mula menunjukkan potensi adalah, Genetec Technology Bhd (Genetec) yang mempunyai kepakaran dalam pengeluaran teknologi sel bateri.

Firma penyelidikan, CGS International (CGSI) Research berkata, peningkatan harga saham sebanyak 24 peratus sejak awal Mei hingga Jun lalu yang diperolehi syarikat terbabit memberikan gambaran munasabah terhadap pertumbuhannya.

6222123000526912716

Genetec telah membina asas dan rekod prestasi yang kukuh sebagai penyedia penyelesaian automasi utama dengan pelanggan EV sejak 2021.

Menerusi nota dikongsi, firma penyelidikan itu berkata, perkembangan positif terbaharu Genetec itu adalah berpandukan kepada keadaan jumlah pesanan berkaitan roduk EV dan sistem penyimpanan tenaga bateri (Bess).

Di sebalik kelembapan permintaan terhadap EV baru-baru ini, CGSI Research berkata, tinjauan terhadap buku pesanan Genetec kekal utuh kerana pelanggannya terus memajukan pengembangan kapasiti untuk teknologi sel bateri 4680 baharu yang memenuhi keperluan EV bersaiz standard dan besar.

Genetec telah membina asas dan rekod prestasi yang kukuh sebagai penyedia penyelesaian automasi utama kepada pelanggan EV sejak 2021.

Syarikat itu kini berada pada kedudukan yang baik untuk mendapatkan langganan kerja automasi selanjutnya yang berkaitan dengan perkakasan semula, reka bentuk dan naik taraf talian sedia ada, serta sebagai pengembangan barisan pengeluaran terkini untuk model EV baharu.

“Kami percaya ini boleh memacu pertumbuhan tempahan yang diterima Genetec berjumlah kira-kira RM250 juta pada Mac 2024.

“Kebimbangan terkini mengenai kelembapan permintaan EV mungkin mempunyai kesan yang minimum pada trajektori pengembangan semasa pelanggan EV, dengan mengambil kira proses struktur 'adoption' EV.

“Untuk Bess, pihak pengurusan memaklumkan bahawa hasil tender bagi projek bekalan 400MWj di Sabah akan diumumkan tidak lama lagi.

"Ini boleh menjadi peristiwa penting bagi kumpulan itu, pada pandangan kami, kerana ia juga merancang untuk mengambil bahagian dalam tender lebih daripada 2GWj kontrak bekalan Bess dalam tempoh 12 bulan akan datang, seiring dengan pelancaran tenaga boleh diperbaharui berskala besar dan peningkatan grid projek di Malaysia,” ujarnya.

Electrical Vechile user charging their cars at a charging station in Cyberjaya.(25/1/2023). —AZHAR MAHFOF/The Star

Penggunaan EV di Malaysia dilihat semakin meluas dan mendapat perhatian pengguna di dalam negara. — Gambar hiasan

Sementara itu, CGSI Research menyatakan bahawa Genetec menjangka bahawa syarikat itu bakal menjadi pembekal kepada penyelesaian automasi utama kepada pelanggan penerbangan yang berpangkalan di AS, sekali gus membolehkannya mempelbagaikan jenis pelanggannya dan meluaskan pertumbuhan dalam sektor baharu.

Bagaimanapun, di sebalik petunjuk positif yang dikongsikan terhadap Genetec, CGSI Research turut menurunkan ramalan pendapatan sahamnya untuk tahun kewangan (FY) 2024 sebanyak 4 peratus disebabkan andaian jualan kapasiti Bess yang lebih rendah iaitu 15MWj berbanding 40MWj sebelum ini dengan garis masa pemberian yang dipanjangkan.

Bagaimanapun, ramalan FY25 dan FY26 kekal tidak berubah, dengan kapasiti jualan Bess FY25 dan FY26 dikekalkan pada 120MWj/160MWj, dan purata harga jualan Bess pada RM900,000 hingga RM1 juta setiap MWj. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram