SEORANG penyelam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut ketika melaksanakan operasi salvaj untuk menyelamatkan bangkai Kapal Diraja (KD) Pendekar yang karam pada Ahad di Pantai Timur Johor.
Terdahulu, TLDM dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan kapal miliknya, KD Pendekar karam di luar pantai Johor selepas mengalami banjir teruk akibat kebocoran yang berlaku
KD Pendekar terbabit karam di dua batu nautika Tenggara Tanjung Penyusop pada pukul 3.54 petang Ahad ketika dalam operasi penugasan.
BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain
BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta
Kebocoran terjadi terhadap kapal tersebut dipercayai berpunca daripada perlanggaran dengan objek dalam air yang mula dikesan di dalam bilik enjin.
Di sebalik usaha anak kapal untuk mengawal dan menstabilkan kapal, keadaan bertambah buruk sekali gus menyebabkannya tidak dapat diselamatkan dalam kejadian yang berlaku sekitar tengah hari Ahad.
KD Pendekar ialah kapal laut serangan pantas kelas Handalan yang dilancarkan pada 11 November 1978 dan ditauliahkan ke dalam armada pada 27 Julai 1979. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram