Tentera Ukraine mengaku letupkan feri Rusia, musnahkan 30 tangki minyak


  • Benua
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Rakaman menunjukkan feri membawa minyak di Pelabuhan Kavkaz meletup.

TENTERA laut Ukraine mengesahkan yang mereka memusnahkan feri milik Rusia dalam sebuah siri serangan pelabuhan di Kavkaz, selatan Rusia.

Menurut pihak berkuasa tempatan, serangan yang dilakukan pada Khamis itu menyasarkan pelabuhan tersebut yang sering membawa minyak dan senjata.

Dipercayai, feri yang diletupkan itu membawa 30 tangki minyak dan dibakar oleh tentera laut Ukraine.

BACA LAGI: Rusia nafi adakan rundingan damai dengan Ukraine

BACA LAGI: [VIDEO] Ukraine serang wilayah Rusia, Moscow kerah lebih ramai tentera

"Satu lagi objektif ketenteraan telah berjaya. Tujuan (feri itu) adalah untuk menyediakan bahan bakar untuk tentera penceroboh (Rusia). Feri tersebut karam dan pelabuhan tersebut tidak dapat digunakan sehingga ia dialihkan.

"Ia adalah feri yang menyumbang tiga perempat daripada semua logistik dan merupakan saluran utama terhadap bekalan penceroboh," kata Dmytro Pletenchuk yang merupakan jurucakap tentera laut Ukraine.

Dengan musnahnya 30 tangki minyak itu, ia memberi kesan signifikan terhadap perang Rusia-Ukraine. Sudah pasti, ia menganggu usaha Rusia untuk melakukan serangan terhadap Ukraine selepas kehilangan bahan api.

Pelabuhan Kavkaz merupakan salah satu pelabuhan terbesar Rusia di Laut Hitam. Ia menguruskan kapal-kapal eksport untuk bekalan minyak ke Semenanjung Crimea. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram