USAHA menyelamatkan kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Pendekar yang tenggelam sepenuhnya di luar pantai Johor akibat kerosakan teruk berikutan kebocoran pada Ahad giat diteruskan.
TLDM memaklumkan bahawa KD Pendekar itu karam di posisi dua batu nautika di Tenggara dari Tanjung Penyusop pada pukul 3.54 petang Ahad.
"Usaha untuk menyelamatkan kapal masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA LAGI: KD Pendekar tenggelam sepenuhnya, alami kebocoran terlanggar objek bawah air di Johor
BACA LAGI: Kejadian mendapan tanah di Jalan Masjid India disebabkan faktor geografi — TPM
KD Pendekar tenggelam sepenuhnya selepas terlanggar objek bawah air pada Ahad. — Twitter
Terdahulu, TLDM berkata, kebocoran yang dipercayai berpunca daripada perlanggaran dengan objek bawah air sebenarnya mula dikesan di dalam ruang enjin.
Di sebalik usaha anak kapal untuk mengawal dan menstabilkan kapal itu, keadaan semakin buruk sekali gus menyebabkan KD Pendekar tidak sukar diselamatkan.
TLDM turut memaklumkan usaha untuk menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan sambil memuji tindakan pantas komuniti maritim yang berjaya menyelamatkan kesemua 39 anak kapal.
Untuk rekod, kapal tersebut dibina oleh Karlskrona Varvet Shipyard di Sweden, kapal ini dirasmikan pada 11 November 1978, sebelum ditugaskan ke dalam armada TLDM pada 27 Julai 1979. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram