[VIDEO] Lelaki mengamuk pecah cermin ambulans KKM di Sibu rupanya ambil 'barang' terlarang


  • 112
  • Selasa, 26 Mac 2024

Seorang lelaki ditahan selepas disyaki memecahkan cermin ambulans milik KKM di Sibu, Sarawak pada Isnin.

SEORANG lelaki ditahan selepas disyaki memecahkan cermin ambulans milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Sibu, Sarawak pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu menahan suspek berusia 44 itu sekitar pukul 2 petang.

"Semasa tangkapan dibuat ke atas suspek, polis merampas sebilah kerambit dari tangan suspek.

"Polis turut menjumpai sebilah parang jenis ‘kwan tao’ di dalam kenderaan yang dipandunya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya memang rancang nak makan otaknya,' lelaki dengar bisikan suruh tetak, hisap darah ahli keluarga

BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia bawak lori macam mana Man, ayah kau tu!', wanita meraung di lokasi Proton Wira terperosok bawah treler di Jasin

Mengulas lanjut, Zulkipli berkata, sekitar pukul 12.21 tengah hari pada hari sama, polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan mengatakan pada tarikh yang sama jam 12 tengah hari bengkel membaiki pendingin hawa kenderaan miliknya didatangi seorang lelaki tidak dikenali.

Jelasnya, suspek kemudian bertindak memukul dan memecahkan cermin sebuah kenderaan jenis ambulans dengan menggunakan sebilah parang jenis ‘kwan tao’.

Susulan kejadian itu, katanya, polis berjaya mengesan dan menangkap suspek pada hari yang sama.

"Punca kejadian masih dalam siasatan. Ujian saringan awal air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis meth/amp," ujarnya.

Menurut beliau, suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes di siasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

"Jika disabit kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram