Didakwa menghasut, Muhyiddin mengaku tidak bersalah


  • Prosiding
  • Selasa, 27 Ogos 2024

Muhyiddin mengaku tidak bersalah menghasut ketika menyampaikan ceramah di Kelantan.

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku tidak bersalah melakukan hasutan ketika memberikan ceramah politik di Felda Perasu, Gua Musang, Kelantan pada 14 Ogos lalu.

Muhyiddin pada Selasa mengaku tidak bersama ketika didakwa di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri ketika prosiding berjalan di Mahkamah Seksyen Gua Musang.

Ahli Parlimen Pagoh itu didakwa menghasut sewaktu memberikan ceramah politik untuk Perikatan Nasional (PN) semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.

BACA LAGI: Kempen PRK Nenggiri: Muhyiddin didakwa di Mahkamah Gua Musang pada Selasa

BACA LAGI: Sejam beri keterangan, Muhyiddin serah beberapa dokumen termasuk 115 SD kepada polis

Muhyiddin didakwa melakukan kesalahan 3R (bangsa, agama dan Diraja) semasa berkempen untuk PN dengan mempersoal proses pemilihan Perdana Menteri yang dilakukan oleh Yang Di-Pertuan Agung ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 2022.

Dia kemudiannya disoal siasat oleh pihak polis selepas laporan dibuat apabila video ucapannya itu tersebar.

Bekas Perdana Menteri itu mempertahankan apa yang dikatakannya itu dengan dia tidak berniat untuk mengutuk dan menghina institusi Diraja.

Muhyiddin menjelaskan apa yang dikatakannya itu adalah berdasarkan perkara yang terjadi semasa pembentukan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dakwaan dilakukan di bawah Seksyen 4(1), Akta Hasutan. Jika didapati bersalah, Muhyiddin boleh didenda sebanyak RM5,000 atau penjara maksimum selama tiga tahun atau kedua-duanya sekali. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram