'Tiada IC saya guna nama itu', dakwaan Mahathir a/l Iskandar Kutty satu pembohongan


Mahathir (kiri) berkata, dakwaan yang dikemukakan Ahmad Zahid (kanan) adalah fitnah terhadapnya.

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbohong kepada orang ramai berhubung isu panggilan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty'.

Beliau memberi keterangan dalam prosiding mahkamah atas dakwaan memfitnah itu menjelaskan bahawa tiada kad pengenalan (IC) sedemikian yang merujuk kepada namanya sejak lahir sehingga menamatkan pengajian universiti.

"Ia tidak pernah ditulis di mana-mana sehingga Ahmad Zahid membuat kenyataan kononnya dia mempunyai IC yang menunjukkan 'Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty'. Itu pembohongan Zahid," katanya pada Isnin.

BACA LAGI: 'Panggilan anak kutty', Tun M saman Ahmad Zahid

BACA LAGI: Kes saman TPM ditangguh, Tun M masuk IJN akibat jangkitan

Dr Mahathir arriving at the High Court accompanied by Dr Siti Hasmah and Mukhriz Mahathir.

Mahathir yang hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin. — The Star

Menurutnya, nama sebenar beliau adalah Mahathir Mohamad dan dilahirkan sebagai individu berbangsa Melayu serta beragama Islam yang terbukti melalui kad pengenalan dan sijil kelahirannya.

"Ayah saya Mohamad Iskandar dan ibu saya Wan Tempawan Wan Hanapi. Ayah saya berasal dari Pulau Pinang dan berbangsa Melayu manakala, nenek moyang saya berasal dari India Selatan, iaitu Kerala.

"Ibu saya pula berasal dari Kedah dan Melayu tulen," katanya.

Untuk rekod, Mahathir memfailkan saman terhadap Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri kerana didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung isu 'kutty'.

Beliau berkata, bahawa kenyataan itu dikeluarkan ketika mesyuarat Umno di Kelana Jaya, Selangor pada 30 Julai 2017.

Ahmad Zahid kemudiannya menafikan kenyataan tersebut yang didakwa berniat jahat dan berunsur fitnah serta menjejaskan reputasi plaintif di mata umum.

Dakwanya, nama itu merujuk kepada individu berdasarkan maklumat dalam salinan lama kad pengenalan, selain menegaskan bahawa beliau tidak dapat mengawal mana-mana penyebaran kenyataan berkenaan di media sosial. The Star/NURBAITI HAMDAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram