DATUK Foong Wei Kuong mengasaskan JF Technology Bhd dari dapurnya di rumah pada 1999 tanpa sebarang pejabat, pekerja atau pelanggan.
Aturan tersebut kekal sehingga dia akhirnya mengambil pekerja pertamanya kira-kira dua tahun selepas mewujudkan pejabat pada 2003, iaitu empat tahun selepas JF Technology Bhd diasaskan.
“Sayalah jurujual, sayalah pekerja teknikal, sayalah pemasang pereka produk dan sayalah pengawal kualiti. Segala-galanya tidak mencukupi - pengetahuan, pelanggan dan kakitangan.
“Ketika itu, syarikat saya membelanjakan wang tanpa pulangan setiap tahun. Selepas kos bahan mentah, perbelanjaan perjalanan dan kos lain, sukar untuk bertahan.
"Saya memang pernah terfikir untuk berhenti,” katanya yang merupakan anak kelahiran Johor.
BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain
BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta
Foong yang menyifatkan penglibatannya dalam keusahawanan berlaku secara kebetulan berkata, empat tahun pertama adalah paling sukar dan penuh dengan banyak halangan serta ketidakpastian hingga menyebabkannya hampir berputus asa.
Tambahan pula, ekonomi negara dan rantau baru sahaja mengalami krisis kewangan Asia 1997-98.
Pada waktu itu, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan syarikatnya adalah sangat perlahan kerana inventori simpanan bagi produk semikonduktor masih tinggi disebabkan masalah Tahun 2000 yang menyebabkan berlakunya lebihan penawaran cip.
Pengasas JF Technology Bhd, Datuk Foong Wei Kuong
JF Technology pada awalnya membuat komponen produk elektronik sebelum berkembang kepada mereka bentuk dan membangunkan soket ujian cip elektronik bersepadu IC untuk pasaran pemasangan semikonduktor dan elektronik mendapat permintaan cukup tinggi pada hari ini.
Bagaimanapun, syarikat tersebut mula mendapat sinar pada 2003 apabila ia bertemu dengan SRM Integration (M) Sdn Bhd, yang sedang mencari vendor bagi menyediakan soket ujian.
“Tiada siapa yang boleh melakukannya. Saya melihat peluang itu dan memberitahu mereka bahawa ia mungkin, tanpa mengetahui cabaran besar yang akan datang,” kata Foong, yang merupakan pengarah urusan kumpulan JF Technology.
Beliau berkata, menghadapi cabaran yang diletakkan di bahu syarikatnya berjaya mengatasi segala halangan yang datang dengan kerja keras, ketekunan dan ketabahan.
Memandangkan SRM merupakan salah satu pelanggan terbesar JF Technology, jualan dan prestasi syarikatnya berjaya mencatatkan peningkatan ketara.
“Ini adalah antara pengalaman saya yang paling tidak dapat dilupakan. Untuk mempunyai syarikat dengan kedudukan seperti itu meletakkan kepercayaan mereka kepada kami, terutamanya apabila ia pada dasarnya adalah syarikat yang hanya dioperasikan seorang pekerja, ia benar-benar sesuatu.
"Dengan kemasukan tempahan produk dan sumber tenaga terhad, saya pada waktu itu terpaksa bekerja kira-kira 14 hingga 16 jam sehari," katanya.
Bermula daripada peristiwa itu, Foong kini meletakkan dirinya ahli perniagaan yang bijak dengan melihat peluang terutamanya semasa krisis.
Pada Disember lalu, beliau telah dinobatkan sebagai EY Entrepreneur of the Year (EOY) 2023 Malaysia dan turut memenangi kategori Master Entrepreneur.
JF Technology pada awalnya membuat komponen produk elektronik sebelum berkembang kepada mereka bentuk dan membangunkan soket ujian cip IC. — Gambar hiasan
Foong dipilih daripada 14 calon dan mewakili Malaysia pada Jun lalu di World EY Entrepreneur of the Year (WEOY) 2024 di Monte Carlo, Monaco.
Beliau berkata, pasaran semikonduktor secara amnya kekal lembap pada 2002 hingga pertengahan 2003.
Walau bagaimanapun, apabila tahap inventori mula berkurangan, tanda-tanda pemulihan pasaran muncul.
Lelaki berusia 64 tahun itu menyatakan bahawa, antara 2000 dan 2002, syarikat itu memberi tumpuan terutamanya pada pembangunan produk meskipun tidak menjana sebarang jualan atau tempahan.
Ini membolehkan syarikat itu bersedia dengan baik untuk memanfaatkan peluang yang muncul apabila pasaran memperoleh semula momentum.
“Tanpa sebarang pengalaman dalam bidang tersebut, setiap langkah dilakukan adalah peluang untuk saya belajar ketika tahun-tahun awal penglibatan saya.
"Ada kalanya ia kelihatan menggembirakan tetapi jika difikirkan, ia adalah tempoh yang pahit dan merupakan pengalaman pembelajaran yang cukup berharga,” katanya.
Sebelum memulakan perniagaannya pada 1999, Foong pernah bekerja sebagai operator mesin, pekerja binaan, jurujual, pengarah dan pengurus besar.
Pekerjaan terakhirnya ialah sebagai pengurus besar sebuah syarikat kimia utama dari Amerika Syarikat.
Dengan pengalaman 15 tahun pengalaman dalam industri kimia. beliau kemudiannya menjadi rakan kongsi ekuiti dalam syarikat kimia domestik tetapi ia hanya bertahan selama 10 bulan kerana krisis kewangan Asia yang memaksa syarikat itu mengecilkan saiz.
Situasi itu menyebabkannya membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat berkenaan.
“Pembelajaran dan pengalaman saya dari pekerjaan sebelum ini, walaupun dalam bidang yang tidak berkaitan tidak sia-sia. Ia menyumbang kepada pertumbuhan saya untuk menjadi pemimpin yang lebih baik; dalam menguruskan perniagaan serta pekerja.
“Saya dilatih untuk melihat aspek teknikal dalam sesuatu perkara yang dilaksanakan tetapi saya juga tahu saya perlu mempelajari lebih lanjut mengenai proses ujian semikonduktor.
"Oleh itu, saya keluar untuk berinteraksi dengan pelanggan dan secara beransur-ansur memikat minat mereka terhadap perkhidmatan dan produk saya.
"Syarikat saya kemudiannya menarik perhatian pelanggan pengeluar peralatan tempatan (OEM) dan kami mula bekerjasama dengan mereka," katanya.
Foong berkata, empat tahun pertama adalah paling sukar dan penuh dengan banyak halangan serta ketidakpastian hingga menyebabkannya hampir berputus asa.
Pada 2008, JF Technology Bhd disenaraikan di pasaran Mesdaq di Bursa Malaysia sebelum berpindah ke pasaran utama pada penghujung 2022.
Dalam pada itu, Foong, yang gemar bermain badminton dan termasuk sukan golf sejak akhir-akhir ini, berkata ahli keluarga merupakan penyokong terbesar dalam karier perniagaannya.
Foong yang tidak berhasrat untuk bersara dalam masa terdekat berkata, masih banyak perkara yang perlu dicapai oleh JF Technology untuk menjadi salah satu syarikat teknologi terkemuka di Malaysia.
"Apabila anda mencapai kejayaan tertentu, anda mungkin fikir ini adalah kemuncaknya. Tetapi sebenarnya terdapat ketinggian yang lebih besar untuk dicapai," katanya.
Dalam pada itu, perkembangan terbaharu menyaksikan JF Technology sedang mengintai pasaran semikonduktor dinamik di China dengan kumpulan itu menjangkakan peratus pertumbuhan tiga angka melalui anak syarikatnya, JFH Technology (Kunshan) Co Ltd.
JF Technology setakat ini telah memfailkan 96 paten merentasi pelbagai negara, khususnya memfokuskan pada aplikasi ujian 5G dan automotif, dengan 42 daripadanya telah mendapat kelulusan.
Pada tahun lalu sahaja, kumpulan itu memfailkan 19 paten dengan lima permohonan diluluskan.
Ia turut menyasarkan untuk melepasi angka permohonan 100 paten pada tahun ini. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram