SEBUAH jambatan yang terletak di Slim River, Perak runtuh akibat banjir yang melanda pada Jumaat malam.
Jambatan Slim Village yang merupakan sebuah jambatan bersejarah di Perak, runtuh pada sekitar 8 malam akibat hujan lebat sejak petang.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, runtuhan itu menyebabkan laluan sepanjang empat meter dari Jalan Slim River-Ulu Behrang dekat Mualim terkesan.
BACA LAGI: 'Tolong selamatkan ibu saya', rayu anak mangsa tanah jerlus Masjid India
BACA LAGI: DBKL kesan 14 lagi kawasan panas banjir kilat
Seramai 109 mangsa terperangkap di empat kawasan penempatan termasuk dua kawasan rekreasi susulan kejadian jambatan runtuh ekoran hujan lebat berpanjangan di sekitar Slim River, dekat sini, pada Jumaat.
Video: Sosial Media#malaysiagazette #slimriver pic.twitter.com/vvPnkIDGA8
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) August 23, 2024
Laluan tersebut kini ditutup untuk semua kenderaan dengan Jabatan Kerja Raya sedang dalam proses mengenal pasti kawasan lain yang terlibat.
"Pihak Jabatan Kerja Raya sedang mengenal pasti sama ada terdapat jalan lain terlibat akibat banjir ini," katanya.
Memetik laporan Malaysia Gazette, seramai 109 mangsa terperangkap akibat runtuhan jambatan bersejarah itu.
Mereka dilaporkan terperangkap di empat kawasan penempatan termasuk dua tempat rekreasi awam. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram