[VIDEO] Baru beberapa hari popular, abang 'lumba siput sedut' SUKMA kehilangan insan tersayang


  • Podium
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Tangkap layar Muhammad Aswat ketika membuat siaran langsung siput sedut berlumba.

PELIK tapi benar.

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial apabila seorang lelaki yang menggunakan akaun @tansri_ash menganjurkan perlumbaan siput sedut di laman sosial Tik Tok.

Walaupun hanya menggunakan tudung periuk sebagai platform, Muhammad Aswat Azdha Idris berhasil menjayakan perlumbaan tersebut yang diinspirasikan daripada Sukan Malaysia (SUKMA) yang sedang berlangsung di Sarawak ketika ini.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tak profesional', fans pelik JDT 'kunci mulut' sebelum lawan Selangor

BACA LAGI: Adik keeper pinjaman Perak ikut jejak langkah, mahu bukti bakat di pentas SUKMA

@tansri_ash #LIVEhighlights #TikTokLIVE #LIVE #siputsedutrace #tansriash #fypシツ ♬ original sound - Tansri_ash

Menariknya perlumbaan tersebut, para ‘pelumba’ juga dinamakan mengikut negeri-negeri yang ada di Malaysia.

Menerusi tangkap layar yang tular di media sosial tersebut, perlumbaan yang dianggap unik dan menghiburkan itu berhasil meraih sehingga 26,000 penonton.

Perlumbaan siput sedut itu kini menjadi tumpuan warga maya yang tertarik dengan idea unik berkenaan.

Namun, baru-baru ini, satu perkhabaran sedih diterima apabila anak kelahiran Langkawi itu dilaporkan kehilangan insan tersayang.

"Nenek saya meninggal dunia pada pukul 1 pagi Khamis.

"Jenazah Allahyarhamah nenek saya selamat dikebumikan sebelum solat Jumaat," katanya ketika dihubungi Majoriti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram