Lagu 'buai laju-laju' jadi realiti, rakyat Pahang teruja saksi perkahwinan Tengku Afzan, FD Idzham di tengah padang Kuantan


  • Massa
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Tengku Afzan (kanan) dan FD Idzham selamat diijabkabulkan pada Khamis.

PERKAHWINAN diraja Puteri Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pasangan, FD Idzham FD Iskandar pada Khamis disambut meriah oleh seluruh rakyat jelata.

Peluang menyaksikan majlis disiarkan secara langsung melalui skrin gergasi di Tasek Kotasas dan Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK 1), Kuantan, Pahang itu tidak dilepaskan orang ramai terutamanya warga Pahang.

Siaran yang berlangsung kira-kira pukul 9 malam juga membuatkan orang awam sanggup berkumpul beramai-ramai di tengah padang sambil melakukan aktiviti ringan bersama keluarga.

BACA LAGI: 'Itulah bapa, air mata akan gugur kerana anak', rakyat kongsi rasa sebak Sultan Abdullah 'lepaskan' Tengku Afzan

BACA LAGI: Sultan Pahang berjiwa rakyat, kurnia rumah baharu keluarga dirempuh treler di Pekan

Menerusi video tular di media sosial sejak Jumaat, kedengaran sorakan dan tepukan daripada penonton sepanjang majlis itu berlangsung.

Ia sekali gus meraih perhatian warga maya yang turut menumpang kegembiraan ketika menyaksikan pasangan sejoli di atas pelamin.

"Ini baru betul, main buai laju-laju, kahwin dengan anak raja," komen Syamimi Jojo

"Sebagai rakyat Pahang, kami tumpang gembira. Semoga hubungan Tengku Afzan dan FD Idzham kekal sehingga ke Jannah," luah Nurul Ashikin.

Difahamkan, kesemua penonton ketika itu juga sanggup menyaksikan siaran hingga penamat meskipun dalam keadaan cuaca hujan renyai.

Terdahulu, kedua pasangan mempelai diraja Pahang itu selamat diijabkabulkan dalam satu istiadat yang berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz, Kuantan. Pahang.

2777255

Istiadat perkahwinan tersebut turut disaksikan oleh ahli keluarganya, Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang memakai persalinan serba kuning diraja bersama paduka-paduka anakanda.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, selain dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pasangan sama cantik sama padan itu bersanding di atas pelamin dengan mengenakan pakaian baju Melayu dan baju kurung putih selepas dan dinikahkan oleh wakil Al-Sultan Abdullah iaitu Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim dengan dua kali lafaz.

Istiadat perkahwinan diraja yang bermula Khamis dengan majlis akad nikah, diikuti berinai pada Jumaat dan bersanding pada Ahad. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

v class="fliq-video-player-wrapper">