Keluarga wanita terjatuh dalam 'jerangkap samar' masih berharap mangsa dapat ditemui


  • Massa
  • Jumaat, 23 Ogos 2024

Pihak bomba melakukan proses mencari dan menyelamat mangsa terjatuh di Masjid India.

AHLI keluarga mangsa yang terjatuh dalam lubang di Masjid India, Kuala Lumpur berharap mangsa dapat ditemui semula.

Dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat, pihak keluarga mangsa yang berasal dari India itu sedang berdebar menanti keputusan misi mencari dan menyelamat.

Dalam tinjauan yang dilakukan, ahli keluarga mangsa dilihat berada berdekatan tempat kejadian sambil berharap akan menerima berita baik.

BACA LAGI: [VIDEO] Doa yang baik-baik, nasib wanita belum diketahui selepas terperosok ‘jerangkap samar’ sedalam 10 meter depan Masjid India

BACA LAGI: Selepas Jalan Silang, penduduk desak DBKL serbu Taman Tasik Titiwangsa

Mereka dilihat bertanyakan kepada pihak berkuasa sama ada mangsa boleh ditemui sambil ada di antara mereka yang bergenang air mata.

Kejadian yang berlaku itu sangat pantas dengan sekumpulan wanita yang berjalan dengannya menyedari mangsa tiba-tiba hilang akibat terjatuh ke dalam lubang.

Dalam masa yang sama, anak-anak mangsa juga sedang menanti ibu mereka untuk kembali.

"Saya sedang berjalan dan secara tiba-tiba dia (mangsa) sudah tiada.

"Anak-anak mereka mahu ibu mereka kembali," kata salah seorang wanita.

Keluarga mangsa dilihat mengalami kehilangan selera makan selagi status mangsa tidak lagi diketahui.

Operasi mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan oleh pihak bomba dan penyelamat sambil dibantu oleh jentera Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dilihat hadir ke lokasi kejadian untuk menenangkan keluarga mangsa. — The Star/FAZLEENA AZIZ

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram