SEORANG wanita warga asing disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah mendap di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam kejadian berlaku pukul 8 pagi itu, mangsa dikatakan berjalan kaki sebelum terjatuh kira-kira 10 meter.
Difahamkan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam kini masih lagi dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa.
Seorang wanita warga asing disyaki terjatuh dan tertimbus akibat tanah mendap di hadapan Masjid India, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam kejadian berlaku pada pukul 8 pagi itu, mangsa berjalan kaki sebelum terjatuh kira-kira 10 meter.
Kredit: Orang Awam pic.twitter.com/rGKeVtbFhs
— Majoriti (@majoritionline) August 23, 2024
Nasib wanita malang itu begitupun masih belum diketahui.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, anggota bomba kini sedang melakukan operasi di lokasi kejadian.
"Difahamkan, lantai batu secara tiba-tiba jatuh dan seorang wanita warga India telah terperangkap dalam kejadian tanah jerlus itu.
“Kerja-kerja menyelamat sedang berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan sebentar lagi setelah mendapat maklumat lanjut daripada pegawai operasi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
MENYUSUL...