SEORANG pelajar sekolah menengah berusia 16 tahun di Kota Kinabalu, Sabah dilaporkan hilang oleh keluarganya.
Loreanna Chin yang mesra disapa Luna, kali terakhir dilihat di Inanam memakai pakaian seragam sekolah.
Difahamkan, laporan polis dibuat di balai polis Inanam dan Kepayan menurut ibu saudaranya, Flocy Chin, menerusi satu hantaran di Facebook.
BACA LAGI: [VIDEO] Ayah anak terperangkap dalam lif di Desa Petaling minta maaf
Menerusi kemas kini terkini pukul 7.43 pagi Jumaat, Chin memaklumkan bahawa Luna masih hilang dan belum dijumpai. — Media sosial
Keluarganya menyedari Luna hilang selepas dia tidak pulang dari sekolahnya, Sekolah Menengah Kebangsaan Kolombong, Inanam pada Khamis (22 Ogos).
Ahli keluarga mangsa bertindak menghubungi semua rakannya bagi mengesahkan kehadiran Luna yang berada di sekolah pada hari terbabit.
“Biasanya, dia memberitahu bapanya jika dia pulang lewat, tetapi kali ini tidak,” kata Chin.
Menerusi kemas kini terkini pukul 7.43 pagi Jumaat, Chin memaklumkan bahawa Luna masih hilang dan belum dijumpai.
"Luna, tolong balik. Ibu bapa dan adik-beradik sangat risau keberadaan kamu.
"Mereka risau makan minum dan tidur kamu," katanya.
Sesiapa yang menjumpai atau melihat gadis berkenaan boleh menghubungi 016-802 2215. — The Star/HO JIA WEN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram