[VIDEO] Ayah anak terperangkap dalam lif di Desa Petaling minta maaf


  • Massa
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Tindakan dua budak lelaki itu yang meletakkan selipar ditengah-tengah pintu lif beberapa kali menyebabkan sistem auto-lock diaktifkan dan lif terus terhenti.

AYAH kepada salah seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam lif sebuah pangsapuri di Desa Petaling, Kuala Lumpur pada Isnin tampil membuat permohonan maaf atas kenakalan anaknya.

Difahamkan lif tersebut rosak selepas salah seorang daripada mereka meletakkan selipar ditengah-tengah pintu lif beberapa kali menyebabkan lif terus terhenti.

Mohd Zaidi Zakaria turut menerima dengan hati terbuka kritikan masyarakat ekoran daripada kejadian tersebut.

"Salah seorang kanak-kanak yang terperangkap itu anak saya. Saya terima segala kritikan masyarakat dengan hati yang terbuka sebagai pengajaran masa akan datang.

BACA LAGI: [VIDEO] Selit selipar tengah-tengah pintu rupanya punca 2 budak terperangkap 9 jam dalam lif di Desa Petaling

BACA LAGI: [VIDEO] Polis siasat perbualan 4 remaja mengenai dadah, siap tayang 'dapur' dan plastik lut sinar

"Tanpa gagal saya sentiasa memberi didikan untuk anak-anak, adakala kedegilannya tanpa diduga di luar kawalan saya.

"Paling utama, Alhamdulillah anak saya selamat. Apa pun saya bersedia bertanggungjawab atas setiap kesilapan yang dilakukan anak-anak saya.

"Moga mendapat doa yang baik dari anda semua. Mohon maaf saya pinta dari pihak saya serta anak-anak," tulisnya di ruangan komen Instagram Majoriti pada Rabu.

Terdahulu, Majoriti melaporkan dua kanak-kanak Faiq Adiwira, 11 dan Muhammad Harith Absyar, 10, dilaporkan hilang selama sembilan jam sebelum ditemukan di lif berkenaan melalui pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) oleh pihak pengurusan pangsapuri.

Pada Rabu, tular satu lagi rakaman CCTV berserta penjelasan daripada pihak pengurusan lif berhubung kejadian tersebut.

Menerusi laporan itu, lif berkenaan dikatakan berfungsi dengan baik dan tidak berlaku sebarang kerosakan.

Namun, tindakan dua budak lelaki itu yang meletakkan selipar ditengah-tengah pintu lif beberapa kali menyebabkan sistem auto-lock diaktifkan dan lif terus terhenti.

Satu rakaman CCTV menunjukkan perbuatan mereka cuba merosakkan lif dengan tindakan vandalisme tersebut turut dikongsikan di media sosial. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram