
GADIS berusia 16 tahun, Loreanna Chin yang dilaporkan hilang sejak Khamis sudah kembali ke pangkuan keluarganya pada Jumaat.
Ia disahkan sendiri oleh ibu saudaranya, Flocy Chin menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya.
"Dia sudah pulang, beri dia masa. Saya akan terangkan selepas bercakap dengannya. Benarkan dia berehat terlebih dahulu.
"Pihak keluarganya sedang melakukan kemas kini dengan pihak polis," kata Flocy.
BACA LAGI: Gadis Inanam tak pulang rumah lebih 24 jam, kali terakhir dilihat pakai uniform sekolah
BACA LAGI: Peniaga pasar malam Inanam dikesan guna pewarna merah, 'Ikan Uji Rashid' lebih cantik dan segar
Flocy mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantunya mencari Loreanna. Sebelum ini, ibu saudara itu menghebahkan kehilangan Loreanna di laman Facebooknya.
Sebelum ini, Loreanna dilaporkan hilang pada Khamis malam selepas tidak pulang daripada sekolahnya iaitu SMK Kolombong dekat Inanam, Kota Kinabalu, Sabah.
Keluarganya membuat laporan polis di Balai Polis Inanam serta Balai Polis Kepayan. — The Star/HO JIA WEN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram