'Bertuahnya arwah Kak Ngah', adik ipar terkenang kes tragis Suzaily Mukhtar, syukur disayangi mentua macam anak sendiri


  • 112
  • Khamis, 22 Ogos 2024

Suzaily Mukhtar (kiri) menjadi mangsa pembunuhan kejam pada 7 Oktober 2000.

NEGARA pernah digemparkan dengan kes kematian tragis melibatkan seorang jurutera komputer wanita yang menjadi mangsa pembunuhan kejam pada 7 Oktober 2000.

Mangsa, Noor Suzaily Mukhtar, 24, dirogol, diliwat dan dibunuh dalam sebuah bas persiaran dekat Taman Chi Liung, Klang, Selangor oleh seorang pemandu bas.

Kronologi kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya menaiki sebuah bas persiaran namun, situasi berubah apabila suspek mengubah laluan perjalanan sebaik menyedari Suzaily berseorangan di bahagian kerusi penumpang.

BACA LAGI: Sahut seruan Sultan Ibrahim pastikan gejala 'makan suap' dibanteras, pegawai Mindef ditukar setiap 3 tahun

BACA LAGI: Malaysia tidak iktiraf sebarang tuntutan terhadap Beting Patinggi Ali — MINDEF

Menaiki bas Ekspress Kiara, pengangkutan awam itu yang sepatutnya menuju ke Pelabuhan Klang mengubah laluannya hingga ke Jalan Bukit Tinggi, Klang sebelum pelaku bertindak merogol mangsa di sebuah kawasan tersembunyi.

Menurut laporan The Star, suspek, Hanafi Mat Hassan, 38, dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas tuduhan merogol dan membunuh selepas gagal mengemukakan sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Disember 2006.

Bukti perubatan menunjukkan mangsa mengalami 44 kesan kecederaan dan patah tulang leher dengan kematian disahkan berpunca akibat dicekik.

Keputusan DNA turut membuktikan kesan air mani ditemui pada mayat itu merupakan milik Hanafi.

95242249_177282673760969_6293341181405298688_n

Hanafi Mat Hassan dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas tuduhan merogol dan membunuh.

Meskipun kes tersebut telah pun ditutup, namun memori hitam itu yang pernah tercatat dalam sejarah negara masih segar dalam ingatan bukan sahaja masyarakat tempatan malah, keluarga mangsa turut terkenang akan pristiwa kejam berkenaan.

Situasi itu boleh digambarkan menerusi perkongsian salah seorang ahli keluarga Allahyarhamah, yang masih belum boleh melupakan pemergian insan tersayang.

Merupakan adik ipar kepada mangsa, syamsyuhaidasabri di laman TikTok meluahkan kerinduannya terhadap mangsa yang menurutnya sangat disayangi seisi keluarganya.

Dalam pada itu, dia turut menitip rasa syukur atas penerimaan ibu mentuanya yang disifatkan sangat penyayang dan menerima dirinya bagai anak kandung sendiri.

6210817942229204488

Luahan sedih syamsyuhaidasabri di laman TikTok berhubung pemergian kakak iparnya.

Jelasnya, mentuanya yang merupakan ibu kepada Noor Suzaily Mukhtar, begitu terseksa untuk membiasakan diri bahawa anak kesayangannya telah tiada.

"Satu ketika sebelum kami hadir dalam hidup mak. Satu-satunya permata hati mak pergi dengan cara yang cukup menyedihkan dan susah mak terima, diragut nyawa anak kesayangan mereka tanpa secubit rasa berdosa.

"ALLAH hadirkan kami dalam hidup mak walaupun hanya menantu, dapat juga kami ubati luka rindunya pada arwah Kak Ngah.

"Dia anugerah terindah buat saya yang serba kekurangan sebagai menantu, cara layanannya buat saya lupa istilah menantu, macam diabelai anak sendiri, betapa bertuahnya arwah Kak Ngah," katanya di TikTok.

Perkahwinannya yang telah menjangkau 14 tahun menganggap ia sebagai satu nikmat kerana ibu mentuanya menerima kekurangan dirinya sehingga membuatkan dia merasa betapa bertuahnya arwah Kak Ngah (Suzaily) mempunyai ibu yang sebaik itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram