PERTUBUHAN Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah melakukan pembayaran sejumlah RM22,173.67 kepada balu legenda bola sepak Allahyarham Hashim Mustapha.
Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal berkata, Allahyarham Hashim merupakan pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 1986 sehingga 2019.
Ujarnya, arwah meninggal dunia akibat masalah kesihatan yang kritikal selepas disahkan menghidap penyakit tiga serangkai pada 2022 di usia 58 tahun.
BACA LAGI: Tawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan antara kunci industri runcit buku mampu kekal relevan
BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara
”Allahyarham pernah mewakili Malaysia dalam 10 perlawanan Asia dan merupakan pemenang kasut emas dua tahun berturut-turut adalah penerima faedah bawah Skim Keilatan selepas kakinya dipotong pada Oktober 2022 akibat komplikasi penyakit jantung, buah pinggang dan kencing manis yang dihidapinya.
”Bekas Atlet Paling Berjaya pada 1991 itu meninggal dunia pada 26 November 2022 dan meninggalkan seorang balu Zaheran Hussien, 54, serta tiga anak yang masing-masing berumur antara 27 hingga 32 tahun,” jelasnya.
Subahan memberitahu, hanya balu Allahyarham yang juga suri rumah sepenuh masa menerima bayaran pencen penakat bulanan sebanyak RM1,105.00 sepanjang hayatnya berikutan ketiga-tiga anaknya telah melebihi umur 21 tahun dan Almarhum sendiri telah menerima bayaran sebanyak RM22,173.67.
Pengerusi Lembaga PERKESO, Datuk Seri Subahan Kamal. — PERKESO
Menurut beliau, pemberian faedah itu membuktikan PERKESO bukan sekadar menyediakan perlindungan kepada pencarum namun turut memastikan waris keluarga pencarum terus dilindungi selepas pemergian pencari nafkah utama.
"Penyaluran faedah ini juga membuktikan kepentingan mencarum skim keselamatan sosial dalam kalangan atlet bagi memastikan setiap atlet yang rata-ratanya memiliki risiko tinggi untuk mendapat kecederaan mendapat perlindungan sewajarnya sekiranya berlaku sebarang bencana.
Ujar beliau, dengan adanya perlindungan khusus untuk atlet, ia dapat memberi jaminan dan kelegaan kepada mereka dan mampu menumpukan sepenuh perhatian terhadap latihan dan pertandingan.
Subahan (lima dari kiri) ketika menyampaikan bayaran perlindungan PERKESO kepada balu legenda bola sepak Allahyarham Hashim di Kota Bharu. — PERKESO
”Sehingga 9 Ogos lalu, rekod perangkaan PERKESO mencatatkan seramai 679,830 individu aktif mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS).
"Daripada jumlah tersebut seramai 30,179 individu di Kelantan merupakan pencarum aktif SKSPS.
”Manakala untuk tempoh sama, dianggarkan 3,192 atlet atau ahli sukan mencarum bawah SKSPS dengan hanya dua atlet yang aktif mencarum adalah dari negeri Cik Siti Wan Kembang,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Datuk Seri Subahan Kamal dan Pengarah PERKESO Negeri Kelantan menyantuni waris keluarga Hashim di kediaman mereka Jalan Masjid Baung Bayam, Kota Bharu, Kelantan dalam Ziarah Prihatin pada Selasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram