[VIDEO] Abang maut, kereta dipandu adik hilang kawalan sebelum rempuh treler bawa muatan simen di Johor


  • 112
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu adiknya merempuh sebuah treler di kilometer 76 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, Kluang pada Jumaat.

SEORANG lelaki maut selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan sebuah treler dengan muatan simen di kilometer 76 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam dekat Kluang, Johor pada Ahad.

Difahamkan mangsa yang mengalami kecederaan parah di muka dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Video kemalangan itu juga turut tular di laman media sosial pada hari yang sama.

BACA LAGi: [VIDEO] Mayat wanita berulat ditemukan tidak berpakaian lengkap, polis Shah Alam klasifikasi kes mati mengejut

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi mandi tasik di Kempas, ibu menangis sayu lihat jasad anak lemas diusung keluar

Melalui video yang dikongsikan itu, kelihatan kereta mangsa jenis Nissan Almera tersebut hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah treler.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh dalam satu kenyataan mengesahkan kejadian terbabit.

Katanya, dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu melibatkan mangsa, Loo Wen Hao, 22, yang menaiki kereta Nisan Almera dipandu adiknya, Loo Wen Hui dan sebuah treler dipandu Muhamad Haziq Izzuddin Ismail, 32.

“Hasil siasatan awal mendapati kereta dinaiki dua beradik itu datang dari arah Simpang Renggam ke Machap manakala treler dari arah bertentangan.

“Sebaik sampai di lokasi kemalangan, kereta Nisan Almera dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan treler itu.

“Akibat pertembungan itu, Wen Hao yang duduk di tempat penumpang hadapan maut selepas mengalami kecederaan parah di muka dan badan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah Bahrin lagi, Wen Hui pula yang memandu kereta mengalami kecederaan parah di muka serta patah kaki kiri manakala pemandu treler tidak cedera.

Ujarnya, kedua-dua mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) di sini untuk proses bedah siasat dan rawatan.

“Pemandu treler ditahan untuk saringan air kencing namun didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram