[VIDEO] Rapper terkenal terpaksa teruskan 'show', 30 cedera Ferris 'fun fair' tiba-tiba terbakar di Jerman


  • Benua
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Kejadian 'ferris wheel' terbakar di Jerman mencederakan 30 orang.

SEBUAH festival muzik di Jerman berdepan situasi sukar apabila permainan ferris wheel yang disediakan untuk pengunjung yang hadir terbakar.

Kejadian yang berlaku ketika Highfield Festival di Stormthaler Lake, berdekatan Leipzig pada Sabtu menyaksikan dua gondola terbakar dengan asap hitam memenuhi ruang udara.

Menurut kenyataan daripada pihak berkuasa, insiden berlaku pada 9 malam itu mencederakan seramai 30 orang dengan 18 daripadanya terpaksa dikejarkan ke hospital.

BACA LAGI: Dibuli siber, Imane Khelif saman JK Rowling, Elon Musk dan Trump

BACA LAGI: [VIDEO] Lima individu dicederakan remaja berpakaian ala Nazi ketika 'live streaming' di luar masjid Turkiye

Menurut penganjur festival, empat daripada yang mengalami kecederaan adalah pegawai polis yang bertugas di festival tersebut.

Ketika kejadian berlaku, penyanyi hip hop Jerman, Ski Aggu sedang melakukan persembahan di pentas mengakui berasa terkejut dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Lebih menyukarkan untuknya apabila dia diminta untuk meneruskan persembahannya walaupun mengetahui terdapat perkara buruk sedang berlaku di festival itu.

"Saya jelas kecewa dan terkejut dengan kebakaran ferris wheel pada persembahan saya di Highfield. Saya diberitahu untuk meneruskan persembahan dalam apa jua keadaan tetapi mesti menjadi orang pertama yang bersuara supaya tidak menimbulkan panik.

"Bagi saya, keutamaan adalah perkara tersebut tidak melarat dan itulah yang terjadi. Terima kasih kerana berlaku tenang menghalang daripada berlaku perkara yang lebih teruk.

"Faktor penentu untuk semua ini adalah hasil usaha pekerja penyelamat yang bertindak pantas dan menghalang daripada ia terus menjadi lebih teruk," ujar Ski Aggu.

Pihak penganjur kemudiannya menutup ferris wheel pada 10 malam dengan persembahan Ski Aggu kemudiannya disambung semula selepas itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram