Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang buat laporan polis terhadap Muhyiddin


  • Primer
  • Isnin, 19 Ogos 2024

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah turut menzahirkan kemurkaan atas tindakan Muhyiddin kerana mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

ISTANA Pahang menzahirkan rasa murka terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Susulan itu, Setiausaha Sulit Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, telah membuat laporan polis terhadap Muhyiddin Yassin kerana membawa isu berkaitan agama, royalti dan kaum (3R) ketika berkempen untuk ketika berkempen bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Nenggiri, Kelantan baru-baru ini.

Amir Syaffiq Hamzah berkata, laporan itu dibuat selepas melihat rakaman video di YouTube yang dimuat naik oleh seorang pemegang akaun ketika berada di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pada Jumaat.

BACA LAGI : [VIDEO] Mayat wanita berulat ditemukan tidak berpakaian lengkap, polis Shah Alam klasifikasi kes mati mengejut

BACA LAGI : [VIDEO] Tragedi mandi tasik di Kempas, ibu menangis sayu lihat jasad anak lemas diusung keluar

"Kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu berbahaya kerana secara terang-terangan menghasut orang ramai supaya hilang kepercayaan terhadap institusi Raja-Raja Melayu dan memecah-belahkan rakyat.

"Ia juga berunsur fitnah dan hasutan, selain menyentuh isu sensitif 3R. Lebih-lebih lagi kenyataan itu jelas mencemarkan nama baik Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah," katanya pada Isnin.

SHAH ALAM, 4 Ogos -- Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pembentangan Tawaran Perikatan Nasional Selangor pada Majlis Pelancaran Tawaran Perikatan Nasional (PN) Negeri Selangor hari ini. --fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kenyataan Muhyiddin itu berbahaya kerana secara terang-terangan menghasut orang ramai supaya hilang kepercayaan terhadap institusi Raja-raja Melayu dan memecah-belahkan rakyat.

Laporan itu difailkan di ibu pejabat polis daerah Kuantan pada malam Ahad (18 Ogos).

Tambah beliau lagi, dalam rakaman itu, Muhyiddin didakwa menyebut Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah, tidak menjemput baginda mengangkat sumpah sebagai perdana menteri dan mendakwa mendapat sokongan 115 Ahli Parlimen ketika itu.

“Dalam petikan ucapan, beliau (Muhyiddin) seolah-olah mendakwa Al-Sultan Abdullah gagal menghormati Perlembagaan persekutuan dengan tidak melantik beliau sebagai Perdana Menteri,” katanya dalam laporan tersebut.

Terdahulu, Tengku Hassanal berkata, beliau mahu polis mengambil tindakan tegas tanpa kompromi terhadap Muhyiddin yang sengaja menyentuh soal kaum, agama dan royalti (3R).

Sementara itu, Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, polis memaklumkan telah menerima 28 laporan terhadap Muhyiddin setakat Ahad.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, yang juga Menteri Besar Pahang, turut melahirkan kekecewaannya terhadap ucapan Muhyiddin dalam catatan Facebook pada Sabtu (17 Ogos) dan menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram