Sakit kulit dihidapi jadi ilham Sarah bina Cuura, muncul jenama produk kulit sensitif dipercayai pengguna


  • Bizz
  • Ahad, 04 Ogos 2024

Sarah berkata, dia menyedari mengenai wujudnya jurang besar dalam pasaran tempatan berkaitan dengan produk penjagaan kulit sensitif.

PADA 2017, Sarah Shahnor didiagnosis menghidap ekzema selepas bersalin.

Itu kemudiannya menjadi titik tolak terhadap minatnya kepada penjagaan kulit sensitif.

Bercerita kepada The Star, Sarah berkata, ketika menerima berita mengenai kesihatannya, dia sudah mempunyai perniagaan kedai pakaian di Bangsar yang dikenali sebagai Modvier.

BACA LAGI: Tak perlu ada kelulusan jurutera, ini 2 kemahiran penting untuk ceburi bidang AI

BACA LAGI: 'Hutang ilmu bawa hingga mati', belajar bezakan antara ijazah dan hikmah

Disebabkan itu, dia beranggapan bahawa barangan kecantikan akan menjadi tambahan yang baik kepada butik yang diusahakannya.

Ketika mula membuat penyelidikan, Sarah berkata, dia menyedari mengenai wujudnya jurang besar dalam pasaran tempatan berkaitan dengan produk penjagaan kulit sensitif.

"Hampir semua orang melakukan produk pemutihan yang boleh menjejaskan kulit sensitif," kata Sarah.

“Banyak jenama melakukan penjenamaan jenis 'putih dalam tiga hari'."

Sedar dengan keperluan untuk mengisi kekosongan tersebut, Sarah beralih mula daripada perniagaan fesyen kepada kecantikan dengan menubuhkan jenama penjagaan kulit tempatan Cuura, yang popular dengan formulasi berkualiti daripada bahan semula jadi.

Cover shoot for Star Trends cover story featuring Sarah Shah Nor of Cuura, in the brand's spa. —YAP CHEE HONG/The Star

Sarah berkata, produk penjagaan kulit Cuura pada awalnya dibuat 100 peratus secara buatan tangan oleh pekerja dan perumus syarikatnya.

Mengulas mengenai punca menyebabkannya menceburi bidang perniagaan itu, Sarah berkata, dia pada awalnya mahu menampilkan kelainan.

"Saya mahu jadi lain daripada yang lain. Tetapi ia satu cabaran yang besar. Sebagai pengguna sendiri, saya cenderung , mendapatkan pendidikan tentang penjagaan kulit, aktif, penggunaan dan sebagainya.

"Saya rasa kerana itu, kami menarik pelanggan yang berbeza dan memerlukan banyak keyakinan untuk menukar produk mereka daripada menggunakan jenama antarabangsa.

"Tetapi apabila mereka sudah suka dan selesa, mereka akan kekal," katanya.

Dalam pada itu, Sarah turut mengakui bahawa dia pada awalnya menghadapi kesukaran untuk mencari pengeluar tempatan bagi bahan aktif atau bahan tertentu yang digunakan oleh jenama antarabangsa untuk kulit sensitif.

Menurut beliau, selain faktor harga, rata-rata daripada pengeluar juga agak sukar memenuhi permintaan daripada jenama kecil sepertinya.

"Jadi beralih kepada produk menggunakan buatan tangan. Kami belajar segala-galanya dan melakukan semuanya sendiri.

"Matlamat saya adalah untuk menyasarkan orang yang mempunyai kulit sensitif supaya saya sentiasa mencari formulasi yang lembut tetapi berkesan.

"Semasa kami membangunkan Cuura, tiada jenama penjagaan kulit lain memberi tumpuan kepada perkara ini," ujarnya.

Sarah berkata, produk penjagaan kulit Cuura pada awalnya dibuat 100 peratus secara buatan tangan oleh pekerja dan perumus syarikatnya.

Namun, selepas perniagaannya berkembang pesat khususnya semasa tempoh pandemic Covid-19, dia memutuskan untuk memperkasakan perniagaan perumusannya.

Ia termasuk membantu perumus untuk melakukan melakukan amalan pengeluarannya sendiri.

"Selepas itu, semua produk kami disahkan Halal (yang merupakan pencapaian hampir mustahil untuk jenama tempatan) kerana jenama perlu diaudit dengan teliti untuk mendapatkan pensijilan ini.

"Kami sentiasa menghasilkan perkara diperlukan pelanggan kami dan semua produk digunakan seluruh pasukan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum ia dilancarkan di pasaran," ujarnya.

Cover shoot for Star Trends cover story featuring Sarah Shah Nor of Cuura, in the brand's spa. —YAP CHEE HONG/The Star

Sarah berkata, syarikatnya sentiasa menekankan kepentingan untuk menyuntik nilai kemapanan dalam produknya meskipun langkah itu tidak hadir dengan harga yang murah.

Sarah berkata, dia juga tidak akan berkompromi dengan formulasi dihasilkan melalui penggunaan bahan aktif gred biasa kerana ia menyukarkan produknya bagi mendapatkan pensijilan halal.

"Kami yakin dengan formulasi digunakan dan perniagaan kami masih berkembang secara perlahan-lahan dan ramai pelanggan terus Kembali untuk mendapatkan produk kami.

"Selepas beberapa tahun, pembekal bahan aktif/bahan dan ahli kimia kami berjaya membuka amalan pembuatan mereka sendiri kerana pertumbuhan jenama dan akhirnya kami berjaya dapat pensijilan," katanya.

Sementara itu, Sarah berkata, syarikatnya sentiasa menekankan kepentingan untuk menyuntik nilai kemapanan dalam produknya meskipun langkah itu tidak hadir dengan harga yang murah.

Baru-baru ni, beliau berkata, jenamanya turut menukar semua pembungkusan produk dengan menggunakan bahan kitar semula.

"Kami adalah jenama tempatan pertama menggunakan beg penghantaran boleh mesra alam diperbuat daripada jagung dan kami terus mempelopori usaha ini.

"Bagi kami, etika sentiasa menjadi kunci. Dengan bersikap telus kepada pelanggan tentang cara kami menjalankan perniagaan dan termasuk perkara yang paling mudah seperti cara kami melayan ahli pasukan kami. Semuanya penting," ujar Sarah. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram