Rezeki tak salah alamat, budak perempuan 5 tahun menang cabutan bertuah Perodua Aruz di SUKMA Sarawak


  • Massa
  • Ahad, 18 Ogos 2024

BERITA mengenai kemenangan adik Ainul Mardhiah Hirizuan itu dikongsikan di laman Facebook berita, Sarawak Edition.

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu.

Itulah peribahasa tepat menggambarkan nasib seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabutan bertuah sempena Majlis Perasmian SUKMA Sarawak 2024 pada Sabtu sekali gus membawa pulang sebuah kereta Perodua Aruz.

Berita mengenai kemenangan adik Ainul Mardhiah Hirizuan itu dikongsikan di laman Facebook berita, Sarawak Edition.

BACA LAGI: 3PBI rangka pelan komprehensif tingkat mutu Bahasa Inggeris di sekolah seluruh negara

BACA LAGI: Bekas jurutera petroleum tolak tepi soal untung, buka gim demi bantu orang lain

"Rezeki tak salah alamat. Tahniah kepada adik Ainul Mardhiah Hirizuan berumur lima tahun yang merupakan pemenang utama Cabutan Bertuah sempena Majlis Perasmian SUKMA Sarawak 2024 yang berlangsung di Stadium Sarawak (Kuching) malam tadi," tulis perkongsian tersebut.

Setakat laporan ini ditulis, hantaran berkenaan sudah mendapat lebih 4,600 tanda suka, 521 komen dan 636 perkongsian di Facebook.

Rata-rata warganet melahirkan ucapan tahniah kepada kanak-kanak perempuan tersebut dan keluarganya atas kemenangan tersebut.

"Tahniah adik Ainul. Kecil-kecil dah ada kereta," kata Noriza Eja.

"Tahniah adik Ainul. Rezeki anak bertuah," ujar Nurshazwanna Nurshazwanna.

"Tahniah, rezeki untuk keluarga adik," tulis Fizah Ayang.

Cabutan bertuah yang diadakan bersempena SUKMA Sarawak 2024 menampilkan Perodua Aruz sebagai hadiah utama dan beberapa ganjaran lain antaranya Macbook Pro, skuter elektrik dan, telefon dan jam tangan pintar.

SUKMA 2024 membuka tirai secara rasmi pada Sabtu dalam satu majlis pembukaan yang dilangsungkan dengan penuh gemilang di Stadium Sarawak, Kuching, Sarawak.

SUKMA Sarawak dianjurkan di sembilan bahagian di Sarawak hingga 24 Ogos membabitkan 488 acara dalam 37 jenis sukan terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 wanita dan 35 acara campuran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram