POLIS mengesahkan yang mayat kanak-kanak Orang Asli, Nuraina Humaira Rosli dipercayai diperkosa sebelum dibunuh oleh suspek.
Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, kematian Nuraina Humaira pada mulanya dilaporkan sebagai mati mengejut (SDR).
Namun begitu, bedah siasat kemudiannya mengesahkan yang mangsa berusia 10 tahun itu sebenarnya diperkosa dan dibunuh selepas terdapat kecederaan akibat tekanan di leher serta kesan koyak pada kemaluan.
BACA LAGI: Hilang sejak Jumaat, jasad Nuraina ditemukan dekat kawasan berpaya di Sungai Siput
BACA LAGI: Kenangan main futsal masa kecil akan diingat sampai bila-bila — Anak mangsa nahas TLDM
Mohd Khaizam berkata, pembunuhan Nuraina Humaira itu berkemungkinan dilakukan di tempat lain sebelum mayatnya dibuang ke kawasan paya.
"Hasil siasatan mendapati yang mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke paya.
"Kes ini yang pada mulanya dikelaskan sebagai mati mengejut kini dikelaskan sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya pada Ahad.
Pihak polis menahan saudara terdekat mangsa sudah ditahan pada 5.30 petang di rumahnya.
"Individu berusia 27 tahun ditahan di rumahnya di kampung ini. Kami akan membawanya ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman pada Isnin.
"Kami juga memanggil mereka yang mempunyai maklumat mengenai masalah ini untuk tampil ke depan untuk membantu pihak polis menjalankan siasatan," katanya. — The Star/IVAN LOH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram