DUNIA perubatan dikejutkan dengan kisah menyayat hati seorang doktor apabila wanita yang dikenali sebagai Moumita Debnath itu dirogol dan dibunuh pada minggu lalu di hospital dekat Kolkata, India pada minggu lalu.
Media India melaporkan mayat doktor pelatih wanita itu ditemui dalam dewan seminar di hospital itu, manakala hasil bedah siasat mengesahkan berlaku serangan seksual ke atas mangsa.
Hasil laporan bedah siasat, tubuh Moumita dilihat mempunyai tanda-tanda kecederaan teruk pada bibir, jari, kaki kiri dan perut. Lebih mendukakan apabila wanita itu juga dicekik sehingga menyebabkan tulang rawan tiroidnya patah.
BACA LAGI: Dibuli siber, Imane Khelif saman JK Rowling, Elon Musk dan Trump
Moumira juga mengalami pendarahan dari mata, mulut dan alat kelaminnya apabila dikesan sekitar 150 miligram air mani ditemui dalam swab vagina, yang disimpulkan seolah-olah mangsa berkemungkinan dirogol secara berkumpulan.
Memetik laporan media India, seorang lelaki bernama Sanjay Roy ditahan pihak polis dan dikaitkan sebagai suspek selepas pihak berkuasa menemukan wayar fon telinga berhampiran mayat Moumita.
Menurut laporan, pihak berkuasa telah menahan seorang sukarelawan polis yang bekerja di hospital berkenaan dan mempunyai akses untuk memasuki mana-mana kemudahan rumah sakit tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat spekulasi bahawa Sanjay mungkin tidak bertindak sendirian dalam jenayah kejam ini. Siasatan sedang dijalankan untuk menentukan sejauh mana penglibatannya dan sama ada orang lain turut terlibat.
"A body. 18-20 men. 113 bite marks.
Just imagine how long a healthy girl's throat needs to be squeezed for blood to come out of her eyes?
During this entire time, two people held Moumita's hands. One of them was Moumita's female colleague. I repeat, Moumita's female colleague. pic.twitter.com/uVxS39Jpke
— Sharfuddin Mahmud (@sharfuddinm2013) August 16, 2024
Susulan kejadian itu, pengamal perubatan di India tidak ketinggalan menuntut keadilan ditegakkan segera dan mahu keadaan keselamatan yang lebih baik di tempat kerja, dengan bantahan diadakan di beberapa hospital seluruh negara.
Bukan itu sahaja, Persatuan Perubatan India (IMA), kumpulan perubatan terbesar di negara itu mengumumkan akan melaksanakan penutupan beberapa jabatan di seluruh negara selama 24 jam kecuali perkhidmatan penting.
“Doktor terutama wanita, terdedah kepada keganasan disebabkan oleh sifat profesion ini. Adalah tanggungjawab pihak berkuasa untuk menyediakan keselamatan kepada doktor di dalam hospital dan kampus,” kata IMA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di X baru-baru ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram