Dituduh curi barang kemas RM30,000: Pembantu peribadi aktres wanita ada jenayah lampau dibebaskan dengan jaminan polis


  • 112
  • Ahad, 18 Ogos 2024

Pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita yang didakwa mencuri barang kemas milik majikannya itu dibebaskan dengan jaminan polis.

PEMBANTU peribadi kepada seorang pelakon wanita popular yang ditahan pada Rabu lepas atas dakwaan mencuri barang kemas milik majikannya itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintenden Nazruel Ekram Abu Saare berkata, wanita itu dibebaskan setelah tempoh reman tamat pada Ahad.

"Suspek dibebaskan dengan jaminan polis, sementara siasatan kes dilengkapkan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

BACA LAGI: K2K Idol bukan sekadar cungkil bakat PPR dan PPA, tapi mampu perkukuh industri seni negara

BACA LAGI: [VIDEO] Bertemu jodoh di TikTok, sikap tegas pasangan buka hati Hasnol tamatkan zaman duda Disember depan

Pada Jumaat, media melaporkan wanita itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi di rumah seorang pelakon wanita yang juga majikannya di Taman Cempaka, Ampang, Selangor membabitkan kerugian kira-kira RM30,000, pada 26 Jun lalu.

Nazruel Ekram dilaporkan berkata, wanita itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dan direman empat hari hingga Ahad.

Suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu curi di dalam bangunan.

Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram