[VIDEO] Lelaki Pakistan tikam pekerja kedai aiskrim sudah kena cekup di pangsapuri Puncak Alam, masih simpan senjata dan baju jenayah


  • 112
  • Sabtu, 17 Ogos 2024

Mangsa (kiri) cedera parah di beberapa anggota badan selepas ditikam suspek dalam satu kejadian rompakan di sebuah kedai aiskrim yang terletak di kawasan Taman Sri Muda pada Isnin.

SEORANG lelaki warga Pakistan ditahan dipercayai terlibat kes samun serta mencederakan pekerja sebuah kedai aiskrim dekat Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek ditahan kira-kira pukul 4.15 petang Jumaat.

Tambahnya lagi, suspek akan dibawa untuk direman di Mahkamah Majistret Shah Alam pada Sabtu.

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita parah 8 kali ditikam di Taman Sri Muda, perompak gagal kebas apa-apa

BACA LAGI: [VIDEO] Peniaga lokal persoal, dakwa penguatkuasa MPAJ ‘tutup mata’ pendatang asing berniaga tanpa lesen

"Suspek ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sebuah pangsapuri yang terletak di Puncak Alam Selangor.

"Turut dirampas senjata yang digunakan dan pakaian yang dipakai suspek semasa kejadian samun berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat malam.

Terdahulu, Majoriti melaporkan seorang wanita cedera ditikam individu bertopeng dalam kejadian samun di sebuah kedai ais krim dekat Taman Sri Muda.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 11.30 pagi ketika mangsa yang merupakan wanita warga tempatan berumur 21 tahun itu bekerja seorang diri di kedai berkenaan.

Suspek cuba menyamun mangsa dengan kemudiannya bertindak agresif menikam mangsa yang cuba mempertahankan dirinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram