SEORANG wanita cedera parah dalam satu kejadian rompak di sebuah francais minuman yang terletak di kawasan Taman Sri Muda dekat Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Melalui paparan data rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.25 pagi.
Melalui klip berdurasi dua minit lebih berkenaan, keadaan premis itu lengang dan mangsa berada di bahagian dapur.
BACA LAGI: [VIDEO] Luahan sayu isteri minta pelumba jet ski, Abdullah Abdul Mubin pulang undang sebak
BACA LAGI: [VIDEO] Atok, nenek dan cucu dibunuh sebelum rumah dibakar, polis Muar kesan Azman
Suspek dipercayai warga asing pada mulanya dilihat berada di depan kaunter sebelum secara tiba-tiba pergi ke arah mangsa dan terus menyerangnya menggunakan sebuah senjata tajam dipercayai pisau.
Mangsa dilihat cuba melawan dan melarikan diri namun suspek terus mengejar mangsa.
Rompakan kedai mixue dekat Taman Sri Muda..anak AZMAN SANI...adik izmah yang wahida tu..
Sekarang dia dipantau oleh DR.
Dia supervisor dekat mixue tu.
8 kali kena tikam dekat perut.
Kena samun & ada duit dekat dia RM4000
Sumber info: FB pic.twitter.com/DPkd1RnGkL
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 13, 2024
Melalui maklumat awal yang dikongsikan laman X, @mynewshub, mangsa mengalami kecederaan serius di perut.
"Rompakan kedai dekat Taman Sri Muda, anak A***n S***I, adik I***h yang W****a. Sekarang masih menerima rawatan dan dalam pantauan doktor.
"Dia bekerja sebagai supervisor dekat kedai tersebut.
"Lapan kali kena tikam dekat perut. Kena samun dan ada duit dekat dia RM4000," ciapnya pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, semakan rakaman CCTV berjaya mendapatkan wajah sebenar suspek.
Katanya, usaha sedang giat dijalankan oleh pihak polis untuk kesan dan tangkap suspek pada kadar yang segera.
Jelas beliau lagi, ketika kejadian mangsa yang berusia 21 tahun seorang diri di tempat kejadian dan polis menerima laporan daripada abang kepada mangsa pada pukul 11.40 pagi hari kejadian (Selasa).
"Hasil siasatan mendapati kejadian lebih kurang pukul 11.30 pagi, semasa mangsa bekerja seorang diri di kedai tersebut sementara menunggu pekerja-pekerja lain untuk masuk bertugas.
"Suspek merupakan seorang lelaki memakai pelitup muka dan bersenjatakan pisau pemotong kertas cuba melakukan samun ke atas mangsa namun berjaya dihalang oleh mangsa sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan akibat ditikam oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Rakaman wajah suspek yang tular di laman media sosial sejak Isnin.
Menurut Mohd Iqbal, mangsa yang dirawat di Hospital Shah Alam dan telah dibenarkan pulang pada pukul 1.00 pagi Selasa. Setakat ini jelas beliau, tiada sebarang kerugian dialami oleh mangsa mahupun pihak syarikat mangsa.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.
"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Syer Aidid di talian 0136544996," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram