PEMILIK kedai roti di Cheras, Kuala Lumpur yang tular selepas pekerjanya didakwa menghalau seorang individu orang kurang upaya (OKU) dari dalam premis kerana menggunakan kerusi roda tampil memohon maaf atas insiden yang berlaku.
Ketika dihubungi Majoriti, wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Syu, 44, menyatakan kekesalan dan mengakui kesilapan pihaknya ketika kejadian.
Sehubungan itu, dia yang baru mengoperasikan kedai tersebut selama setahun lebih memaklumkan menerima segala teguran diberikan dan akan menambah baik perkhidmatannya untuk mengelakkan insiden sedemikian berulang.
BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta
BACA LAGI: Status anak pekerja kilang tak halang Huang kecapi gelaran orang terkaya kurang tempoh 10 tahun
Terdahulu, tular satu hantaran di Facebook mengenai perkongsian seorang OKU yang mendakwa dihalau daripada sebuah kedai roti kerana menaiki kerusi roda.
Menurut individu terbabit, pekerja tersebut memberi alasan bahawa larangan tersebut dibuat untuk menjaga kebersihan kedai.
Difahamkan, kedai tersebut menetapkan syarat untuk pelanggan membuka kasut atau selipar untuk masuk ke premis, selain sekadar mempampangkan papan tanda kereta sorong bayi dilarang masuk.
Sementara itu, ketika dihubungi Majoriti, pengguna kerusi roda terbabit yang dikenali sebagai Nur Elmizah Abdul Ghani, 39, memaklumkan sudah menerima panggilan daripada pemilik kedai terbabit yang memohon maaf berhubung insiden berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram