Gempa bumi magnitud 6.3 landa Taiwan, tiada laporan kerosakan


  • Benua
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Sebuh bangunan yang runtuh susulan gempa bumi yang melanda Hualien pada April lalu. — Agensi

GEMPA bumi berukuran 6.3 magnitud melanda pantai timur Taiwan pada Jumaat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Gempa itu melanda 34 kilometer (km) dari bandar Hualien di timur Taiwan, namun tiada laporan segera mengenai kerosakan daripada gegaran kuat kedua yang melanda pulau itu dalam masa kurang 24 jam.

Gempa bumi turut menggegarkan bangunan di ibu kota Taipei. Pihak berkuasa berkata, perkhidmatan kereta api bawah tanah di bandar itu diteruskan pada kelajuan yang lebih rendah.

BACA LAGI: Srettha Thavisin dipecat, didapati bersalah lantik peguam ada sabitan jenayah masuk Kabinet

BACA LAGI: 'Ada kutuk, perlekeh', pensyarah ADTEC Pahang buktikan inovasi bantu OKU beri pulangan RM80,000

"Ia sudah dekat," kata Hsieh Yu Wei, seorang penyanyi yang menarik keretanya sebaik menerima amaran gempa yang dikeluarkan kerajaan ketika memandu di lebuh raya pantai Hualien.

Menurut Pusat Pentadbiran Cuaca (CWA), gempa itu mempunyai kedalaman 9.7 km. Ia susulan gempa bumi berukuran 5.7 magnitud yang melanda pantai timur laut Taiwan pada Khamis.

Pegawai cuaca telah mengeluarkan amaran berhubung risiko tanah runtuh di kawasan pergunungan berikutan hujan sejak beberapa hari.

Taiwan terletak berhampiran persimpangan dua plat tektonik dan terdedah kepada gempa bumi.

April lalu, Hualien dilanda gempa bumi terbesar menjejaskan Taiwan dalam tempoh sekurang-kurangnya 25 tahun. Sembilan orang terbunuh dan lebih 900 cedera ekoran bencana itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram