Pengaktifan ‘lift dump spoiler’, susunan tempat duduk kru tak patuh protokol antara punca nahas pesawat di Shah Alam


  • Primer
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Hasil laporan mendapati bahawa punca utama nahas adalah kesalahan protokol secara tidak sengaja oleh juruterbang yang menyebabkan peluasan ‘lift dump spoiler’. — Laporan MOT

SIASATAN terhadap tragedi Elmina melibatkan pesawat Hawker Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas pada 17 Ogos lalu mendedahkan beberapa punca kemalangan pesawat berkenaan.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan, mendapati bahawa punca utama nahas adalah kesalahan protokol secara tidak sengaja oleh juruterbang yang menyebabkan peluasan ‘lift dump spoiler’.

Hasil siasatan juga mendedahkan tempat duduk kru bertugas tidak mematuhi protokol yang menetapkan dalam operasi pesawat single-pilot, juruterbang bertauliah itu mestilah duduk di tempat duduk sebelah kiri.

BACA LAGI: Penduduk Kapar cemas, pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda

BACA LAGI: CAAM sahkan 2 mangsa terlibat nahas pesawat ringan terhempas, tak terima panggilan kecemasan

photo_6195094389081096691_x (1)

Antara serpihan pesawat. — Laporan MOT

"Peraturan itu penting untuk dipatuhi kerana tempat duduk sebelah kiri direka untuk akses optimum kepada kawalan dan instrumen yang diperlukan bagi operasi juruterbang solo.

"Masalah ini dipercayai menyumbang kepada komunikasi yang tidak berkesan serta pengurusan sumber krew yang lemah,” kata kenyataan itu.

Laporan akhir itu mendapati latihan kru yang tidak mencukupi dan kurang pengetahuan terhadap operasi sistem ‘lift dump’ menjadi salah satu faktor penyumbang kepada nahas itu.

“Pembantu Juruterbang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang risiko yang berkaitan dengan sistem ini, yang menyebabkan kesilapan operasi berlaku,

“Tindakan ini menyebabkan kehilangan daya angkat secara mendadak, sekali gus mengakibatkan kehilangan kawalan pesawat dan kemalangan tragis itu,” tambah kenyataan itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram