Perokok hisap vape 4 kali ganda berisiko hidap kanser paru-paru


  • Sihat
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Perokok yang menghisap vape pada masa yang sama meningkatkan peluang mereka untuk menghidap kanser paru-paru sebanyak empat kali ganda. — Gambar fail

ORANG yang merokok dan menggunakan vape adalah empat kali lebih berisiko menghidap kanser paru-paru berbanding mereka yang hanya merokok, menurut penyelidikan dari Ohio State University (OSU).

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Oncology Research and Therapy menunjukkan bahawa gabungan merokok dan vaping meningkatkan risiko kanser paru-paru lebih ketara berbanding merokok sahaja.

Profesor epidemiologi Kolej Kesihatan Awam OSU, Dr. Randall Harris berkata, penemuan itu adalah yang pertama menunjukkan bahawa pengambilan rokok dan vape jauh lebih berbahaya daripada hanya merokok.

BACA LAGI: Selamatkan 2 juta orang daripada mati akibat merokok

BACA LAGI: Hukumannya penjara tapi jemaah haji masih tak serik merokok di luar Masjid Nabawi

Penemuan tersebut dianggap membimbangkan kerana penggunaan vape yang meluas dalam kalangan golongan muda. — Gambar fail

Dr. Randall Harris yang mengetuai kajian itu, dengan melibatkan 5,000 pesakit kanser paru-paru dan seramai 27,000 orang sihat.

"Walaupun ramai orang tahu asap tembakau mengandungi bahan kimia penyebab kanser, mereka kurang pengetahuan tentang bahan kimia dalam wap vape.

"Penemuan kami menunjukkan bahawa kombinasi merokok dan vape secara signifikan meningkatkan risiko kanser paru-paru,"

"Kajian ini membentangkan bukti jelas menunjukkan bahawa vape selain merokok, boleh meningkatkan risiko untuk kanser paru-paru," jelas Dr. Harris.

Penemuan tersebut dianggap membimbangkan kerana penggunaan vape yang meluas dalam kalangan golongan muda.

Terdapat juga kajian penyelidikan menunjukkan bahawa vape kurang berbahaya daripada rokok, dengan kanak-kanak kurang terjejas oleh wap berbanding asap rokok.

Vape juga dianggap sebagai pilihan yang lebih baik daripada gula nikotin bagi perokok yang ingin berhenti.

Sementara itu, data kesihatan Amerika Syarikat terbaharu menunjukkan bahawa penggunaan vape oleh remaja juga boleh meningkatkan risiko asma. The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram