Kerap kongsi foto lucu anak hingga lebih sejuta pengikut, anak perempuan Thaksin Shinawatra diumum PM Thailand baharu


  • Benua
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Paetongtarn melahirkan seorang anak lelaki hanya dua minggu sebelum hari pengundian dan memanggil bayi itu sebagai "kuasa rahsianya". — Agensi

PADA Jumaat, Thailand mengumumkan pelantikan Paetongtarn Shinawatra sebagai Perdana Menteri baharu negara tersebut.

Paengtorn merupakan pemimpin ketiga yang datang daripada keluarga Shinawatra, iaitu keturunan dinasti politik paling terkenal dan berpengaruh di Thailand,

Berusia 37 tahun, Paengtorn yang baru memasuki politik dua tahun lalu kini memegang status sebagai perdana menteri termuda negara berkenaan.

BACA LAGI: Siap belajar bertanam 2 minggu, petani B40 di Putrajaya bakal tuai hasil cili cecah RM1.2 juta

BACA LAGI: Status anak pekerja kilang tak halang Huang kecapi gelaran orang terkaya kurang tempoh 10 tahun

Bagaimanapun, dia berdepan cabaran besar mengelak menghadapi nasib dialami bapa dan dan ibu saudaranya, yang tempoh pemerintahan mereka sebagai Perdana Menteri PM berakhir dengan rampasan kuasa daripada tentera ekoran perebutan antara dinasti keluar dan kumpulan elit pro-diraja, pro-tentera Thailand yang berlangsung selama lebih 20 tahun.

Parti Pheu Thai pimpinan Paetongtarn memilihnya untuk menggantikan Srettha Thavisin, yang dipecat sebagai perdana menteri pada Rabu oleh keputusan Mahkamah Perlembagaan kerana melantik menteri kabinet yang memiliki sabitan jenayah.

6194956224278150233

Paetongtarn Shinawatra. — Agensi

Seorang pendatang baru dalam politik, Paetongtarn membantu mengendalikan cabang hotel empayar perniagaan keluarganya yang sangat kaya sebelum memasuki politik pada akhir 2022.

Walaupun hamil, dia sentiasa berada dalam kempen pilihan raya tahun lalu dan kerap mengetuai perhimpunan meskipun dalam cuaca panas.

Dia melahirkan seorang anak lelaki hanya dua minggu sebelum hari pengundian dan memanggil bayi itu sebagai "kuasa rahsianya".

Bagaimanapun, keputusan pilihan raya menunjukkan hasil mengecewakan kerana Pheu Thai menduduki tempat kedua di belakang Move Forward Party yang baru ditubuhkan.

Ia adalah kali pertama parti Shinawatra dikalahkan dalam pilihan raya nasional, namun Pheu Thai akhirnya berjaya mendapat kuasa apabila Srettha mengambil alih pentadbiran menerusi kerjasama dengan parti pro-tentera yang sebelum ini menentang Thaksin dan pengikutnya.

Ahli Pheu Thai telah mengundi secara besar-besaran pada Oktober 2023 untuk Paetongtarn menjadi ketua parti dan berikrar untuk memulihkan imejnya.

Kuasa pemimpin muda

2023_08_22_141572_1692678256._large

Paetongtarn (kanan) merupakan anak bongsu kepada Thaksin (tengah) yang sebelum ini digulingkan ketika menjadi perdana menteri pada 2006. — Agensi

Dilahirkan di Bangkok pada 21 Ogos 1986, Paetongtarn ialah anak ketiga dan bongsu kepada Thaksin yang merupakan seorang anggota polis yang beralih menjadi taikun telekomunikasi dan merevolusikan politik Thai pada awal 2000-an dengan memenangi dua pilihan raya sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2006.

Dikenali di Thailand dengan nama panggilan Ung Ing, beliau dibesarkan di Bangkok dan mempelajari bidang pengurusan hotel di Britain.

Pada 2019, dia berkahwin bersama juruterbang komersial, Pidok Sooksawa dan diraikan dengan dua majlis meriah dengan satu daripadanya di ibu negara Thailand dan satu di Hong Kong yang turut dihadiri bapanya yang ketika itu berada dalam buangan di luar negara.

Pasangan itu kini mempunyai dua anak dan mereka kerap memaparkan foto-foto lucu yang dimuatkan Paetongtarn di akaun media sosialnya, di mana dia mempunyai lebih sejuta pengikut.

Dalam kancah politik Thailand yang sekian lama dikuasai pemimpin lelaki sudah berusia, keremajaan dan tenaga Paetongtarn dilihat menyerlah dengan beliau turut tidak menyembunyikan kecintaannya terhadap pakaian berjenama berbanding seragam daripada pesaing politiknya.

Beliau dipilih sebagai calon Perdana Menteri, Pheu Thai mendahului penyokong kuat parti Chaikasem Nitisiri, 75. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram