Srettha Thavisin dipecat, didapati bersalah lantik peguam ada sabitan jenayah masuk Kabinet


  • Benua
  • Rabu, 14 Ogos 2024

Srettha yang juga taikun hartanah merupakan Perdana Menteri Thailand keempat disingkirkan melalui keputusan mahkamah.

MAHKAMAH Perlembagaan Thailand pada Rabu memecat Perdana Menteri, Srettha Thavisin kerana keputusan pemimpin itu melantik seorang bekas peguam yang ada sabitan jenayah serta pernah menjalani hukuman penjara ke dalam barisan Kabinetnya.

Srettha yang juga taikun hartanah merupakan Perdana Menteri Thailand keempat disingkirkan melalui keputusan mahkamah yang sama dalam tempoh 16 tahun selepas ia diputuskan melanggar perlembagaan dengan melantik menteri yang tidak memenuhi piawaian etika.

Penyingkiran Srettha selepas berkuasa kurang setahun bermakna Parlimen perlu bersidang untuk memilih perdana menteri baharu, dengan lebih banyak ketidaktentuan politik dijangka berlaku di Negara Gajah Putih itu.

BACA LAGI: 'Ada kutuk, perlekeh', pensyarah ADTEC Pahang buktikan inovasi bantu OKU beri pulangan RM80,000

BACA LAGI: Sakit kulit dihidapi jadi ilham Sarah bina Cuura, muncul jenama produk kulit sensitif dipercayai pengguna

Ia sekali gus menyaksikan berlakunya insiden rampasan kuasa dan keputusan mahkamah yang menjatuhkan pelbagai kerajaan dan parti politik.

Mahkamah sama minggu lalu membubarkan Parti Move Forward, pembangkang yang sangat popular selepas memutuskan bahawa kempen parti itu untuk memperbaharui undang-undang berkenaan menghina raja berisiko menjejaskan sistem raja berperlembagaan.

Bagaimanapun, kumpulan tersebut kemudiannya kembali membentuk satu parti baharu pada Jumaat.

Parti Pheu Thai pimpinan Srettha dan pendahulunya telah menanggung beban pergolakan politik Thailand, dengan dua kerajaan pimpinan parti berkenaan disingkirkan melalui rampasan kuasa.

Ia berlaku melalui persaingan yang berlaku lama antara pengasas parti itu yang juga keluarga bilionair Shinawatra, dan pesaing mereka dari pihak konservatif dan tentera diraja.

Keputusan terbaharu itu turut berpotensi mengembalikan semula perbalahan antara kelas politik yang mewakili Thaksin Shinawatra dan musuh-musuhnya dalam kalangan elit konservatif serta pengawal lama tentera.

Former Thai Prime Minister Thaksin Shinawatra, who is expected to be arrested upon his return as he ends almost two decades of self-imposed exile, waves at Don Mueang airport in Bangkok, Thailand August 22, 2023. REUTERS/Athit Perawongmetha/File Photo

Thaksin (gambar) sebelum ini menamatkan tempoh buangannya di luar negara selama 15 tahun pada 2023 selepas Srettha yang dikenali sebagai sekutunya menjadi perdana menteri pada hari sama. — Agensi

Thaksin sebelum ini menamatkan tempoh buangannya di luar negara selama 15 tahun pada 2023 selepas Srettha yang dikenali sebagai sekutunya menjadi perdana menteri pada hari sama.

Srettha mengekalkan pelantikan bekas peguam, Shinawatra Pichit Chuenban, yang dipenjarakan sebentar kerana menghina mahkamah pada 2008 atas dakwaan cubaan merasuah kakitangan mahkamah.

Dakwaan rasuah terbabit tidak pernah dibuktikan dan Pichit meletakkan jawatan pada Mei.

Timbalan Perdana Menteri, Phumtham Wechayachai dijangka mengambil alih jawatan perdana menteri sementara.

Menurut beberapa pakar politik, Pheu Thai berkemungkinan masih mempunyai pengaruh untuk memimpin pentadbiran seterusnya dengan berlakunya tawar menawar antara parti politik.

Perdana menteri seterusnya perlu dicalonkan oleh parti mereka sebelum pilihan raya 2023, dengan anak perempuan Thaksin berusia 37 tahun dan ketua parti Paetongtarn Shinawatra antara yang menjadi pilihan Pheu Thai.

Jika berjaya, dia akan menjadi perdana menteri ketiga daripada keluarga Shinawatra selepas Thaksin dan ibu saudaranya, Yingluck Shinawatra.

Calon berpotensi lain termasuk Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul, Menteri Tenaga, Pirapan Salirathavibhaga dan Prawit Wongsuwan yang merupakan bekas ketua tentera berpengaruh terlibat dalam dua rampasan kuasa terakhir. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram