THAILAND berminat untuk memperluas kerjasama sinematiknya dengan Malaysia yang melibatkan kedua-dua sektor awam dan swasta, kata Duta Besar Thailand ke Malaysia, Lada Phumas.
Beliau berkata, Kementerian Luar Thailand dan Kedutaan Diraja Thailand telah memberi keutamaan kepada promosi kandungan hiburan negara itu melalui filem.