Isteri bebas, suspek kes bunuh Cikgu Istiqomah dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Isnin


  • 112
  • Jumaat, 16 Ogos 2024

Suspek bakal dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, pada Isnin depan. — Kosmo!/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

SUSPEK utama kes pembunuhan Cikgu Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dibunuh dengan kejam itu bakal dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah, Isnin depan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, suspek yang berusia 37 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Beliau berkata, arahan itu dikeluarkan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) petang Khamis selepas memperinci kertas siasatan yang dirujuk pegawai penyiasat kes.

BACA LAGI: Mayat Cikgu Istiqomah masih di forensik Hospital Melaka, beberapa anggota badan belum ditemukan

BACA LAGI: 'Semoga syurga buatmu', Cikgu Istiqomah tak pernah 'miss' infaq beri anak yatim makan setiap bulan

553 (3)

Suspek sebelum itu disambung reman selama tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan guru Sekolah Kota Masai 3 di Pasir Gudang Johor. — mStar

"Untuk makluman awal terkini suspek kes bunuh arwah Cikgu Istiqomah akan dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah pada Isnin ini seperti mana arahan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Shuhaily Mohd Zain sebentar tadi," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Suspek tersebut sebelum itu disambung reman selama tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membantu siasatan kes pembunuhan guru Sekolah Kota Masai 3 di Pasir Gudang Johor itu.

Perintah reman sehingga Isnin depan terhadap suspek dikeluarkan Majistret Dr Teoh Shu Yee.

Sebelum ini, suspek bersama isterinya berusia 36 tahun direman bermula 6 hingga 12 Ogos lalu sebelum isterinya dibebaskan pada Isnin dengan jaminan polis.

Terdahulu pada 6 Januari lalu, media melaporkan penemuan mayat ditemui kira-kira jam 2 petang dan hasil siasatan, mangsa disyaki dibunuh dengan anggota badan iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong serta disumbat ke dalam tong sampah sebelum dibuang ke dalam longkang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram