'Semoga syurga buatmu', Cikgu Istiqomah tak pernah 'miss' infaq beri anak yatim makan setiap bulan


Kehilangan arwah turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata turut berkongsi duka itu menerus ucapan takziah. — Gambar fail

PENEMUAN mayat tanpa kepala yang ditemui pada 31 Disember lalu disahkan milik seorang guru wanita, Istiqomah Ahmad Rozi, 33, yang dilaporkan hilang sejak lapan bulan lalu.

Kehilangan arwah turut mendapat perhatian ramai dan rata-rata turut berkongsi duka itu menerus ucapan takziah.

Difahamkan sahabat mangsa, Mimin Masturina Mulyadi menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin berkongsi bahawa arwah merupakan seorang yang baik.

BACA LAGI: Mayat wanita tanpa kepala, identiti ditemui dalam tong sampah di Melaka

BACA LAGI: Mayat hampir reput ditemui di cerun bukit di Genting Highlands

Suspek kes bunuh Istiqomah direman sehingga 19 Ogos ini.

Suspek kes bunuh Istiqomah direman sehingga 19 Ogos ini. Gambar fail

"Kejamnya pembunuh. Tenang lah kak Is di sana. Allahuakbar saya bersaksi arwah seorang yang baik.

"Sepanjang saya buat program infaq, arwah (Istiqomah) antara yang selalu infaq beri makan anak-anak yatim dan asnaf setiap bulan.

"Semoga ganjaran syurga buatmu," kongsinya.

Terdahulu media melaporkan, pengesahan identiti mangsa itu dibuat menerusi hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan dan mendapati sepadan dengan mangsa yang dilaporkan hilang sejak 27 Disember tahun lalu.

Hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis berjaya menahan sepasang suami isteri, berusia 36 dan 37 tahun.

Menerusi penahanan dan siasatan ke atas suspek itu membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa termasuk tengkorak dan tulang jari kira-kira enam kilometer dari kawasan tempat mayat mangsa dijumpai.

Suspek lelaki yang ditahan di Chemor, Perak itu disambung selama tujuh hari lagi bermula Isnin hingga 18 Ogos bagi melengkapkan siasatan manakala isterinya dibebaskan dengan jaminan polis selepas didapati tiada kaitan dengan kes.

Lelaki terbabit, yang juga bekas guru dan kini menjadi pedagang mata wang asing (Forex), dipercayai mempunyai urusan pelaburan Forex dengan mangsa dari Sekolah Kota Masai 3, Pasir Gudang, Johor, yang dilaporkan hilang sejak 26 Disember 2023.

Pada masa sama, polis juga mengesahkan hubungan mangsa bersama suspek hanya berkaitan bisnes. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram