Tarik lesen serta-merta, halang merokok antara tindakan tegas di Arizona boleh dicontohi kurangkan kes pemandu mabuk


  • Massa
  • Khamis, 15 Ogos 2024

Tindakan memandu mabuk yang membahayakan keselamatan dan nyawa pengguna jalan raya. — Gambar hiasan/Agensi

MEMANDU di bawah pengaruh alkohol merupakan tindakan tidak wajar dilakukan sama sekali oleh mana-mana individu.

Selain membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, pemanduan dalam keadaan mabuk boleh menjadi punca kepada peningkatan kes kemalangan jalan raya.

Pemandu mabuk juga mencatatkan tertinggi dengan 1,157 kes direkodkan dan disiasat mengikut Seksyen 45A Akta Pengangkutan Jalan 1987 pada 2022 di Malaysia.

BACA LAGI: Hanya lambat 54 saat, ECRL dan HSR boleh contohi sistem kereta api di Jepun

BACA LAGI: Awas kaki cop parkir! Malaysia boleh tiru sistem 'cup suction' ajar pemandu tiada sivik

2760389

Kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk yang berlaku di Cheras pada 10 Ogos lalu. — PDRM

Jumlah tersebut tidak mustahil akan meningkat pada 2024 apabila melihat kepada kekerapan kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk di negara ini.

Buktinya, masalah tersebut dilihat masih berleluasa sehingga hari ini apabila berlakunya satu kemalangan maut membabitkan enam kenderaan di Jalan Cheras, Kuala Lumpur pada 10 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki berusia 23 tahun memandu kereta di laluan bertentangan yang disyaki mabuk telah menyebabkan dua penuntut kolej maut.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa susulan itu berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum melanggar kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan.

Tindakan memandu secara berbahaya itu juga semakin membimbangkan apabila berlakunya kemalangan di kawasan sekolah.

Sama seperti kejadian seorang pemandu mabuk yang dikejar dan dicekup orang awam selepas melanggar motosikal dinaiki dua pelajar sekolah di Cheng Height, Melaka pada 6 Ogos lepas.

Kejadian itu sekali gus menyebabkan kedua-dua pelajar perempuan yang berusia 17 tahun jatuh lalu mengalami kecederaan di kaki dan tangan.

test mabuk nilai

Alat pengesanan alkohol yang digunakan kepada pemandu ketika operasi sekatan jalan raya. — Gambar hiasan/blog

Mengikut akta yang sentiasa digunakan pihak berkuasa untuk menyiasat kes sedemikian, suspek kebiasaannya akan ditahan reman sekurang-kurangnya tiga hari sebelum dikenakan tindakan di mahkamah.

Polis di Malaysia sebelum itu juga akan membuat ujian hembusan nafas dengan menggunakan alat pengesanan alkohol sebelum mengenakan sebarang tindakan.

Malah, sekiranya didapati bersalah, suspek atau tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum 10 tahun atau maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 mengikut Pindaan Seksyen 44.

Di samping itu, pihak berkuasa Malaysia juga secara tidak langsung sebenarnya boleh mengambil contoh dari negara luar seperti di Arizona, Amerika Syarikat (AS) yang terkenal dengan kawalan paling ketat terhadap pemandu mabuk.

Arizona juga antara negeri di AS yang mempunyai sifar toleransi meskipun pemandu didapati mempunyai kepekatan alkohol (BAC) dalam darah di bawah had undang-undang iaitu sebanyak 0.08 peratus.

Justeru, disebabkan peraturan ketat itu, laporan media antarabangsa menyebut, sekurang-kurangnya hanya satu daripada 50 orang dikenakan undang-undang DUI dalam tempoh lima tahun lalu.

az_dui

Arizona merupakan antara daerah yang mempunyai sifar toleransi terhadap pemandu mabuk. — Gambar hiasan/Agensi

Bukan itu sahaja, pihak berkuasa Arizona juga mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah di jalan raya.

Pemandu terbabit berkemungkinan boleh dihalang ke tempat kerja, merokok, dikehendaki menyerahkan ujian darah sebelum dikenakan caj DUI di mahkamah.

Individu terlibat turut akan digantung lesen memandu secara automatik selama 90 hari atau lebih serta diwajibkan untuk melakukan pemeriksaan dadah dan alkohol bagi menentukan sekiranya memerlukan rawatan lanjut atau tidak.

Sementara itu, memandangkan hukuman sedia ada di Malaysia dikatakan tidak cukup tegas sehingga ada yang mencadangkan hukuman penjara selama 20 tahun dan denda RM100,000 dikenakan terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah kerana ia sama seperti menggunakan alkohol berlebihan.

Cadangan yang diutarakan Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) itu adalah selepas kerajaan mengumumkan rancangan untuk meminda Seksyen 45A di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mengenakan tindakan lebih tegas terhadap pemandu di bawah pengaruh dadah walaupun tidak menyebabkan kemalangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram